Friday, June 12, 2015

Penelitian makna Imāmah dan Khilāfah dari segi bahasa dan istilah

Sumber: abna.co

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang
Program Ḥablul Matīn; Ayatullah Dr. Sayid Muhammad Husaini al-Qazwini
Tajuk: Penelitian makna Imāmah dan Khilāfah dari segi bahasa dan istilah
Agha Muhsini:
Tolong jelaskan makna imām dari segi bahasa kepada kami, iaitu apa makna imām?
Dr. Husaini Qazwini:
Sebelum kami memasuki perbahasan dalil-dalil al-Qur’an dan pengriwayatan imām, kekhalifahan Amīrul Mukminīn dan Ahlul Bait yang maksum dan suci, beberapa perbahasan telah kami bentangkan kepada para penonton.
Salah satunya ialah perbahasan riwayat “من مات بلا امام مات ميتة جاهلية”. Salah satu perbahasan riwayat “ستفترق امتي علي ثلاث و سبعين فرقه”. Hadis yang lain ialah “خلفائي اثنا عشر”. Perbahasan yang lain pula ialah sunnah nabi sebagai penerang dan penafsir al-Qur’an. Pada hari ini, kami ingin bicarakan tentang sebahagian terminologi-terminologi. Ketika kita berkata: “يا علي أنت خليفتي”, mereka akan mengatakan dalam keluarga baginda ada khalifah. “انت وصيي” mereka mengatakan waṣī bererti puasa dan solat yang wajib ke atasnya untuk mengqadanya.
Kami mengatakan bahawa Ali adalah imām, mereka mengatakan Ali adalah imām solat berjemaah. Setiap kali kami menerangkan sesuatu subjek, mereka berkata seperti “من کنت مولي فعلي مولاه” (Barangsiapa yang menjadikan aku pemimpin, maka Ali adalah pemimpinnya), mereka bertanya mengapa nabi tidak berkata: “من کنت والي فعلي والي” (Barangsiapa yang menjadikan aku wālī, maka Ali adalah wālī)?
Untuk ini, kami ingin mengadakan perbahasan yang lebih utama terlebih dahulu sebelum mamasuki perbahasan asal iaitu apakah makna kalimah “imām” dari segi bahasa dan istilah. Apakah makna “khalīfah” dari segi bahasa dan istilah? Apakah makna kalimah “walī” dan “wālī” dari segi bahasa?
Ini semua hendaklah diterangkan, mungkin perbahasan ilmu kita pada malam ini mungkin agak kurang menarik. Namun kami berusaha membawa sedikit contoh dalam menerangkan hakikat makna imām dari segi bahasa, yang mana perbahasan tidak akan terkeluar dari daerah ilmu.
Mengenai makna Imām dari segi bahasa, beberapa noktah perlu saya ringkaskan, Rāghib Isfahāni telah menulis kitab “Mufradāt Gharīb al-Qur’an” dan kitabnya adalah muktabar. Syiah dan Sunni sama-sama merujuk kepada kitab ini, terdapat di dalam kitab ini:
والامام المؤتم به إنسانا كأن يقتدى بقوله أو فعله، أو كتابا أو غير ذلك محقا كان أو مبطلا وجمعه أئمة.
المفردات في غريب القرآن، الراغب الأصفهاني، ص24
Imam ialah seseorang insan yang diikuti kata-katanya atau perbuatannya, ataupun kitab atau bukan kitab, di mana ini semua dikatakan imām, dan imām ini adalah seorang pemimpin yang diikuti oleh orang ramai, tidak ada bezanya samada yang bersama kebenaran atau kebatilan, jamak perkataan itu ialah a’immah.
Al-Qur’an menyatakan: “وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا.” (Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami,) – surah al-Anbiya ayat 73. Al-Qur’an menyatakan: “وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ” (Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua yang mengajak ke neraka) – surah al-Qaṣaṣ ayat 41. Jawhārī di dalam kitab Ṣiḥāh Fī al-Lughah berkata:
والإمامُ: الذي يُقْتَدى به، وجمعه أَيِمةُ
Al-Jawharī, jilid 5 halaman 1865, imām mereka yang diikuti oleh orang ramai, jamak perkataannya ialah Aimmah. Ibnu Manẓūr, penulis kitab Lisān Al-ʻArab berkata:
المتقدّم لهم ويكون الإِمامُ رئِسياً
Lisān al-ʻArab, Ibnu Manẓūr jilid 12 halaman 26
Sesiapa yang memimpin sebuah kaum, dikatakan imām. Oleh itu makna imām dari segi bahasa ialah pemimpin dan ketua yang diikuti perbuatan dan ucapan.
Agha Muhsini:
Tolong jelaskan kefahaman imāmah menurut pandangan ulama Ahlusunnah dan Syiah.
Ustaz Qazwini:
Perbahasan dari segi bahasa merupakan sebuah dunia yang lain, banyak perkara yang mengakibatkan makna dari segi bahasanya telah ditinggalkan dan dilupakan umumnya. Makna istilāh pula menguasai orang ramai dan penegak syariat. Contohnya kalimah “solat” yang mana dari segi bahasa bermakna “doa”, namun sekarang setiap umat Islam ketika ditanya apakah solat? pasti ia menjawab: “sembahyang”.
Mereka ini apabila sampai kepada ayat Ṭaṭhīr, mereka pasti akan mencari maknanya dari segi bahasa. Mereka mengatakan Ahlul Bait dari segi bahasa ialah isteri dan anak sehingga memasukkan isteri-isteri Rasulullah ke dalam ayat Ṭaṭhīr.
Barangsiapa yang bertanyakan tentang ini dari segi istilah al-Qur’an dan sunnah, perkataan-perkataan akan berubah seperti Zakāt bermakna tumbuh; namun dari segi istilah syarak ialah “ʻIshriyah” iaitu sepersepuluh harta.
Ṣawm bermakna menghindari; namun dalam istilah ialah puasa yang bermula dari awal timbulnya fajar sehingga awal maghrib. Solat bermakna doa, namun dalam istilah Islam bermakna rukun-rukun yang khusus. Oleh itu apabila Ahlul Bait mempunyai sebarang makna sekalipun, namun dengan wujudnya 70 riwayat bahawa Nabi (s.a.w) bersabda maksud Ahlul Bait ini ialah aku, Ali, Hasan, Husain dan Fatimah Zahra, maka mereka ini pun mula mencari dalih, tidak tahulah apa kebencian dan perseteruan mereka dengan Ahlul Bait.
Kalian membawa sebuah riwayat dhaif iaitu Aisyah mendakwa bahawa aku adalah sebahagian daripada Ahlul Bait dalam ayat Ṭaṭhīr. Satu lagi riwayat Ummu Salamah berkata: “Nabi bersabda: Aku termasuk di dalam ayat Ṭaṭhīr.” Ummu Salamah sendiri berkata: “Demi Allah, ketika aku bertanya wahai Rasulullah, apakah aku termasuk ke dalam Ahlul Bait atau bukan? Jikalau baginda menjawab iya, maka ia lebih baik dari seluruh kekayaan di dunia buatku.” Di dalam Sahih Muslim, hadis Zaid Bin Arqam mengingatkan: Semua isteri Nabi bukanlah Ahlul Bait.
Saya tidak tahu mereka ini mencari fasal dan masalah apa, sehingga ingin memasukkan para isteri Nabi ke dalam ayat Ṭaṭhīr dengan mengatakan: Terdapat di dalam bahasa si fulan makna sekian, makna sekian tentang nabi Musa, makna sekian apabila berkaitan dengan nabi Ibrahim.
Jikalau benar menurut metodologi ayat, maka di dalam surah Taubah ayat 40 menyatakan:
فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا
“Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”
Bandingkan ayat tersebut dengan ayat 26 surah Taubah dan ayat 26 surah al-Fath, lihatlah, apa yang terjadi?
Jikalau benar perlu ikut kriteria metodologi ayat, ayat ini menunjukkan kekufuran sebahagian daripada simbol suci kamu; namun kamu mengenepikan metodologi ayat dengan mengatakan, “Kami mempunyai riwayat bahawa ayat 40 surah al-Taubah dengan mengatakan:
إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ
yang berkaitan dengan Abu Bakar. Ayat Ifk di dalam surah Nur ayat 11 berkaitan dengan Ayshah. Saya tidak tahu mengapakan bibirnya tumpul dan pudar jika berbicara sebab penurunan ayat 11 surah Nur. Malah memberikan keputusan yang terbalik.
Walau apa pun makna imām dari segi bahasa, kami tidak mempunyai urusan dengan makna leksikalnya. Kerana ini saya mengetengahkannya di mana saya perlu sabitkan dengan peristiwa yang menemukan pemahaman perkataan di dalam istilah syarak.
Taftazānī yang merupakan ulama kalam terkenal Ahlusunnah berkata:
والإمامة رياسة عامة في أمر الدين والدنيا خلافة عن النبي عليه الصلاة والسلام
شرح المقاصد في علم الكلام، جص272
“imāmah merupakan sebuah kepimpinan umum dalam urusan agama dan dunia, khalifah Rasulullah (s.a.w).”
Ahli linguistik tidak memberikan makna seperti ini, mereka benar-benar mencari makna lain untuk kalimah imāmah di sini.
Iḍḍuddin Ījī yang wafat dalam tahun 756 Hijrah, dan Sayid Jarjānī yang wafat pada tahun 816 berkata:
والأولى أن يقال هي خلافة الرسول في إقامة الدين وحفظ حوزة الملة بحيث يجب اتباعه على كافة الأمة
المواقف للإيجي، جص579
iaitu: Imāmah adalah khalifah Rasulullah (s.aw) dalam menegakkan agama dan menjaga bangsa umat Islam yang mana seluruh umat wajib menaatinya.
Di sini makna dari segi bahasa sebelumnya sudah bertukar, maka imāmah adalah sebuah kepimpinan dalam urusan agama dan dunia, atau khalifah Nabi (s.a.w).
Ibnu Khaldun yang merupakan ulama terkemuka Ahlusunnah, wafat tahun 808 berkata:
الخلافة نيابة عن صاحب الشرع في حفظ الدين وسياسة الدنيا،
مقدمة ابن خلدون، جص218
Kekhalifahan ialah pengganti ṣāḥib al-Sharʻ dalam menjaga agama dan politik dunia. Ini juga berbeza dengan makna dari segi bahasa. Mereka ini ketika ingin memberikan makna imāmah, mereka pasti menerangkan khalifah Rasulullah (s.a.w).
Namun menurut pandangan Syiah, Marhum Syeikh Mufid di dalam kitab al-Nukkat Al-Iʻtiqādiyyah berkata:
الإمام هو الإنسان الذي له رئاسة عامة في أمور الدين و الدنيا نيابة عن النبي
النكت الإعتقادية، الشيخ المفيد، ص39
Imām ialah insan yang mempunyai kepimpinan semua pihak di dalam urusan agama dan dunia, daripada Rasulullah (s.a.w)
Di sana terdapat “خلافة عن النبي” (khalifah Rasulullah), namun di sini “نيابة عن النبي” (pengganti Rasulullah).
Nanti saya akan terangkan apakah bezanya “khilāfah” dan “niyābah”.
Al-Marhum Sayid Murtadha, anak murid Syeikh Mufid yang matang, di mana Syeikh Mufid hakikatnya bersukacita dan berbangga dengan murid seperti sayid Murtadha. Selalunya murid berbangga dengan guru, namun kali ini guru berbangga dengan murid.
Beliau berkata: “Pada suatu malam Syeikh Mufid bermimpi mengajar di dalam masjid, kemudian Fatimah Zahra masuk sambil memegang tangan Imam Hasan dan Imam Husain. Fatimah Zahra berkata kepada Syeikh Mufid: “علمهما الفقه.”, Iaitu ajarkanlah fikah kepada mereka berdua.
Beliau berkata: Aku bangun dari tidur dan merasa sangat takut dan berkata, apakah yang telah terjadi, apakah dosaku sehingga Fatimah Zahra berkata kepadaku: Ajarkanlah Imam Hasan dan Imam Husain.
Semoga aku tidak melakukan perbuatan keji atau memberikan fatwa yang salah dengan sesuatu yang lebih tinggi dari ucapan para imam.
Beliau tidak senang hati dan pergi ke masjid untuk memberikan kuliah dan ketika sedang sibuk, tiba-tiba kelihatan ibu Sayid Murtadha dan Sayid Radhi masuk ke dalam masjid sambil memegang tangan kedua-dua mereka. Ibu itu berkata: Wahai Syeikh, ajarkanlah fikah kepada mereka berdua. Ucapan itu mirip dengan kata-kata Fatimah Zahra di dalam mimpi Syeikh Mufid.
Barulah Syeikh Mufid merasakan bahawa mereka berdua di bawah perhatian Fatimah Zahra. Kerana itu Syeikh Mufid berusaha bersungguh-sungguh mendidik kedua-dua tokoh ini di mana salah seorang daripada mereka berdua adalah Sayid Radhi, yang menulis kitab Muhaj al-Daʻawāt dan Nahjul Balāghah yang merupakan salah seorang pancang dan wali. Selain itu ialah Sayid Murtadha Allamul Hudā r.a.
Sayid Murtadha wafat tahun 435 Hijrah dan ustaz Syeikh al-Ṭūsī (kurun ke-lima merupakan kurun kegemilangan dan keemasan Syiah) berkata:
الإمامة : رياسة عامة في الدين بالأصالة لا بالنيابة عمن هو في دار التكليف.
رسائل الشريف المرتضى، الشريف المرتضى، جص264
Imāmah merupakan sebuah kepimpinan umum dalam agama dengan aṣālah, bukan dengan niyābah.
Ketika datang imām, maka kepimpinan umum berada di tangannya tetapi bukanlah secara niyābah sehingga seluruh isu mengambil izin “munūb ʻanhu”, di mana apakah perbuatan yang aku lakukan ini, ataupun sesuatu pekerjaan tidak boleh aku lakukan di zaman syariat imām sudah dikuatkuasakan yang maka seluruh urusan agama telah diserahkan kepada beliau. Ketika sudah diserahkan, maka kepimpinan secara umum adalah bil ’iṣālah, dan kita juga mempunyai tafwīḍ di dalam hadis-hadis yang menyatakan:
إنّ اللَّه أدّب نبيّه فأحسن تأديبه وفوّض إليه أمر دينه.
بصائر الدرجات، محمد بن الحسن بن فروخ ( الصفارص398 و بحار الأنوار، العلامة المجلسي، ج 17، ص 7
Sesungguhnya Allah mendidik dengan baik nabiNya, ketika sampai ke martabat kesempurnaan, urusan agama telah diserahkan kepada tanggungjawab nabi.
Baṣā’ir al-Darājāt, halaman 398; Bihārul Anwār al-ʻAllamah al-Majlisī, jilid 17 halaman 7.
Imām berkata: Apa yang Allah (s.w.t) telah tafwīdkan kepada Nabi (s.a.w), ditafwīdkan juga kepada para Amīrul Mu’minīn dan para imām yang lain dengan izin Allah (s.w.t).
Ini adalah wilāyah Tashrīʻī yang dikatakan oleh Syiah. Andainya ada ruang, insyallah akan kita bicarakan tentang wilāyah Tashriʻi dalam satu forum yang khusus.
Walau bagaimanapun, apa yang ada pada kita tentang para imām boleh menyebabkan para ulama naʻthal yang melihatkan akan mengatakan:
وفصل الخطاب عندکم.
Apakah yang tertinggal lagi pada Tuhan? dan mereka juga akan berkata dengan lebih ekstrem. “فصل الخطاب” iaitu “علم القضاوة”, dan “علم القضاوة” mereka lihat banyak terdapat pada Ali dan para imām. Ini yang Nabi berikan kepada para imām (a.s) dengan izin Allah; namun apabila mufti besar kalian memberikan fatwa secara rasmi iaitu:
المفتي قائم مقام النبي.
“Mufti berdiri pada kedudukan Nabi” Mengapakah kalian tidak berkata apa pun?
Namun jikalau Syiah mengatakan: Para imām (a.s) mempunyai wilāyah tashriʻī seolah-olah dunia perlu ditimpakan ke atas kepala Syiah.
Allamah al-Helli berkata: Imāmah adalah kepimpinan am dalam urusan agama dan dunia untuk seseorang dariapada seseorang sebagai ganti Nabi (s.w.).
Saya membawakan tiga tokoh Syiah yang terkenal yang mana al-Marhum Syeikh Mufid bersama Allamah al-Helli mengatakan “بالنيابة عن النبي” manakala al-Marhum Sayid Murtadha menafsirkan sebagai “بالاصالة لا بالنيابة
Seandainya selepas ini ada peluang, saya akan berikan penerangan yang lebih tentang “بالاصالة” dan “بالنيابة”.
Agha Muhsini:
Mohon jelaskan makna “khilāfah” dan apakah bezanya dengan imāmah.
Ustaz Qazwini:
Definisi khilāfah menurut pandangan ulama Ahlusunnah ialah:
Ibnu Athīr yang merupakan peribadi terkenal di kalangan Ahlusunnah mengatakan tentang termakata “خلفة” dengan mengatakan: Khalaf (خلف) dengan harakat dan sukun pada lām dikatakan kepada mereka yang datang setelah seseorang insan dan mengikuti jalan orang yang sebelumnya. Jikalau “خَلْف” dengan sukun pada lam membawa makna jahat seperti “وخَلْفُ سُوءٍ”. Jika ingin mengatakan generasi-generasi baik, disebut sebagai “خَلَفْ” dengan fatḥaḥ pada lam seperti “خلَفُ صِدْقٍ”. Ini adalah tafsiran Ibnu Athīr.
Ibnu Manẓūr dalam kitab Lisān al-ʻArab mengulangi apa yang dikatakan dalam al-Nihāyah Ibnu Athīr: “Diriwayatkan daripada Ibnu ʻAbbas bahawa Aʻrābī bertanya kepada Abu Bakar:
أنت خلِيفة رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم؟ فقال لا. قال فما أنتَ؟ قال: أنا الخالِفةُ بعده
Al-Nihāyah fī al-Gharīb al-Hadith, Majd al-Dīn Ibnu Athīr jilid 2 halaman 69 dan Lisān al-ʻArab Ibnu Manẓūr jilid 9 halaman 89.
“Apakah engkau khalīfah Rasulullah (s.a.w)? Abu Bakar berkata: Tidak. Beliau mengatakan: Aku adalah orang yang: sahabat berikhtilāf denganku (satu pihak menerima dan satu pihak lagi tidak menerima).
Setelah itu Ibnu Athīr mengatakan:
الخَلِيفة مَن يقوم مَقام الذاهب ويَسُدّ مَسَدّه، والهاء فيه للمبالَغة، وجَمْعه الخُلَفاء على معنى التَّذكير لا على اللفظ، مِثْل ظَرِيف وظُرَفاء.
لسان العرب، ابن منظور، جص89 و النهاية في غريب الحديث والأثر، مجد الدين ابن الأثير، جص69
Khalīfah ialah orang yang mengambil tempat orang yang berlalu pergi, dan “هاء” padanya adalah untuk “مبالَغة”, jamaknya ialah “خُلَفاء” atas makna “تذكير”, bukan atas lafaznya, seperti “ظَرِيف” dan “وظُرَفاء”.
Kemudian beliau mengatakan: Namun apa yang dikatakan oleh Abu Bakar:
الخالِف. وقيل هو الكثير الْخِلاَف، وهو بَيِّن الخَلافة بالفتح
Lisān al-ʻArab, Ibnu Manẓūr, jilid 9 halaman 89; al-Niḥāyah fi Gharīb al-Hadīth, Majd al-Din Ibnu al-Athīr, jilid 2 halaman 69
(… al-khālif. Dikatakan banyak perselisihan)
iaitu mereka yang mempunyai banyak ikhtilāf dengannya.
Kemudian beliau mengatakan:
وإنما قال ذلك تَواضُعاً وهَضْماً من نفسه حين قال له أنت خليفة رسول اللّه
لسان العرب، ابن منظور، ج 9 ص 89 و النهاية في غريب الحديث والأثر، مجد الدين ابن الأثير، ج 2 ص 69
“Beliau berkata demikian dalam keadaan rendah diri”
Lisān al-ʻArab, Ibnu Manẓūr, jilid 9 halaman 89; al-Niḥāyah fi Gharīb al-Hadīth, Majd al-Din Ibnu al-Athīr, jilid 2 halaman 69
Perbezaan antara khilāfah dan imāmah:
Māwardī salah seorang ulama kalam Ahlusunnah, yang mempunyai kitab bernama al-Aḥkām al-Sulṭāniyyah yang telah membahaskan tentnag politik Islam mengatakan:
 الْإِمَامَةُ مَوْضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا
الأحكام السلطانية، جص 17
Al-Imāmah (perkataan yang) diletakkan untuk khilāfah kenabian.
Oleh itu kalimah khalīfah dan imām kedua-duanya mempunyai makna yang satu.
Mereka ini mengatakan:
من أنكر خلافة الصديق فهو كافر.
الصواعق المحرقة على أهل الرفض والضلال والزندقة، جص 138
Dengan mengatakan: Barangsiapa yang mengingkari kekhalifahan Abu Bakar al-Siddik, maka kafirlah ia, kitab al-Ṣawāʻiq al-Muḥriqah ʻAlā Ahl al-Rafḍ wa al-Ḍalāl wa al-Zindiqah, maka tidak ada sebarang perbezaan. Atau sebahagian daripada pakar yang jahil mengatakan: Ibrahim mula-mula menjadi nabi kemudian baru menjadi imam. Bila pula Ali menjadi nabi sehingga menjadi imam?
Kalian katakanlah: Menurut bicata mereka ini Abu Bakar adalah khalifah Rasulullah (Mereka juga mengatakan khalīfah tidak ada bezanya dengan imām), maka bila dan pada zaman manakah beliau (Abu Bakar) menjadi nabi, sehingga menjadi imām setelah itu?
Dengan berbagai tanggapan pada mereka yang mengatakan:
من أنكر إمامة أبي بكر رضي الله عنه فهو كافر.
الصواعق المحرقة على أهل الرفض والضلال والزندقة، جص 139
(Barangsiapa yang mengingkari kekhalifahan Abu Bakar, maka ia kafir)
Mereka hendaklah memberikan makna kepada kita. ʻIḍḍuddīn Ijī berkata:
الإمامة هي خلافة الرسول.
المواقف للإيجي، جص 574
Imāmah adalah khilāfah Rasulullah, al-Mawāqif jilid 3 halaman 574.
Oleh itu menurut Ahlusunnah, imām dan khalīfah tidak ada bezanya.
Kami juga telah menukilkan daripada Ibnu Khaldun yang mana beliau mengatakan:
فهي في الحقيقة خلافة عن صاحب الشرع
Muqaddimah Ibnu Khaldun, jilid 1 halaman 191.
“Imamah hakikatnya ialah khilāfah daripada empunya Syara’”
Agha Muhsini:
Mohon jelaskan perbahasan khalīfah dan perbahasan Amīrul Mu’minīn yang dinisbahkan dengan istilah ini dalam pandangan Ahlusunnah.
Ustaz Qazwini:
Khalīfah dan Amīrul Mukminin dalam istilah Ahlusunnah:
Shurbaynī, ahli fikah masyhur Ahlusunnah dan penulis kitab Mughnil Muḥtāj, diriwayatkan oleh Ibnu Mulaikah yang berkata:
أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِأَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ : يَا خَلِيفَةَ اللَّهِ فَقَالَ أَنَا خَلِيفَةُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا رَاضٍ بِذَلِكَ،
مغني المحتاج، جص 132
Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Abu Bakar: Ya khalīfah Allah. Maka jawabnya: Aku adalah khlīfah Muhammad (s.a.w), dan aku reda dengannya.
Ini berkaitan dengan isu khalīfah sebelum ini yang telah kami sebutkan daripada tokoh mereka, iaitu khilāfah dan imāmah menjadi penerus jalan Nabi (s.a.w).
Ibnu ʻAbdul Bar telah membawa sebuah teorem:
وأما القصة التي ذكرت في تسمية عمر نفسه أمير المؤمنين فذكر الزبير قال: قال عمر لما ولي: كان أبو بكر يقال له خليفة رسول الله صلى الله عليه وسلم فكيف يقال لي خليفة خليفة رسول الله يطول هذا قال: فقال له المغيرة بن شعبة: أنت أميرنا، ونحن المؤمنون. فأنت أمير المؤمنين. قال: فذاك إذن.
Proposisi yang menyebut tentang Umar yang menamakan dirinya sebagai Amīrul mu’minīn. Zubair berkata: ketika menjadi khalifah, Umar berkata: Mereka mengatakan Abu Bakar sebagai Rasulullah, kepadaku apa yang mereka harus katakan? Maka katakanlah kepadaku: khalīfah khalīfah Rasulullah; ini sangat panjang. Mughīrah bin Shuʻbah berkata: Engkau adalah amīr kami dan kami adalah orang beriman, Oleh itu engkau adalah Amīrulmu’minīn. Umar berkata: Maka inilah ia. – Al-Istīʻāb, jilid 1 halaman 356.
Oleh itu pengasas Amīrul Mu’minīn kepada Umat ialah Mughīrah bin Shuʻbah. Beliau turut memberikan definisi Amīrul mu’minīn kepada khalīfah-khalīfah setelahnya; namun menurut pandangan Syiah, Amīrul Mu’minīn hanyalah Ali (a.s) dan Rasulullah (s.a.w) turut memberikan laqab ini kepadanya sehinggakan penggunaan Amīrul Mu’minīn kepada para imām lain tidak dibenarkan. Ini disebabkan ianya adalah salah satu darpada ciri-ciri Ali, dan merupakan salah satu daripada laqab khususnya.
Pertanyaan penonton tentang masalah syafaat.
Penonton (Hasan dari Itali):
Kami bertanggung jawab mengucapkan terima kasih kepada susah payah anda sehingga kekayaan maklumat anda dicurahkan kepada kami dengan penuh akhlak dan adab. Kami ucapkan terima kasih atas metodologi terbaik ini. Dari perspektif akhlak Islam, saya telah mendengar dua program dan saya merasakan sungguh senang hati, saya ingin tahu bagaimana mengatur masa jadual program ini sehingga dapat lebih memanfaatkannya?
Terdapat program Akhlak Islami dengan sarikata yang merupakan sebahagian dari program-program dalam siaran satelit. Semoga syafaat untuk Syiah diterima, namun pandangan saya bertentangan dengan Syiah, kerana Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah:
وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ
سوره بقره آيه48
Ketika insan melakukan dosa, Allah tidak akan bertangguh dan haruslah diazabkan, ketika tidak berdosa, sudah pasti ditentukan yang mana pintu syurga terbuka dan menapak ke syurga.
Namun jika insan melakukan dosa dan mengharapkan syafaat tokoh-tokoh seperti Husain (r.a), Hasan dan Ali, mahupun sesiapapun, apakah keadilan Allah tidak dipertikaikan misalannya Imām Husain atau Imām Hasan, atau pun sesiapapun datang memberikan syafaat? Saya tidak mengingkari para imām. Kelmarin ada seorang hamba Allah telah menghubungi saluran satelit Kalime dan berkata: Sukar membuatkan mereka percaya. Saya bertanya: kenapa sukar? dia berkata: Apakah kamu fikir mereka ini percaya? Saya berkata: Percayalah, ketika penghinaan terhadap Syiah dalam saluran satelit Kalemeh (siaran TV Wahabi dalam bahasa Parsi), bererti tiga penghinaan terhadap Ahlusunnah:
Ketika mereka ini menelefon, mereka berkata: Orang ini  adalah musyrik, kerana menyembah kubur, penyembahan kubur begini juga wujud dalam Ahlusunnah. Mereka menulis di cermin belakang kereta dengan “Imām Husain” dan “Imām Hasan”, dibelakang kereta kita juga tertulis “Syeikh Abdul Qadir al-Jailani” dan “Syeikh Abbas”, atau juga dalam rumah-rumah Ahlusunnah terdapat tanah Syeikh Abbas sebagai tabarruk; namun mereka ini mengatakan kepada Syiah sebagai musyrik, mereka pun mengatakan kepada kita musyrik.
Ustaz Qazwini:
Surah al-Baqarah, ayat 255 menyatakan:
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ
(Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya)
Di sini al-Qur’an sendiri menyabitkan syafaat dengan izinNya. Atau di dalam surah Yunus ayat 3:
مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ
(Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya.)
Seluruh syafaat berbentuk ‘setelah kiizinanNya’
Di dalam surah al-Najm ayat 26 Allah berfirman:
وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى.
Berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya. Di dalam surah Sabā’ ayat 23 Allah berfirman:
وَلَا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ
Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah.
Al-Qur’an saling menafsirkan antara ayat lain. Kalaulah kita mengambil kriteria sesuatu ayat sambil tidak menghiraukan ayat yang lain, maka terjadilah seperti ini contohnya:
لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ.
Surah al-Nisa ayat 43, Janganlah dekati solat, dan ayat selanjutnya kita tinggalkan:
وَأَنْتُمْ سُكَارَى.
Surah al-Nisa ayat 43, (sedangkan kamu mabuk), kita mengatakan:
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ
Surah al-Māʻūn, ayat 4, neraka Wail untuk orang yang solat. Sementara kita meninggalkan ayat yang lain:
الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
Surah al-Māʻūn ayat 5. (laitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya)
Dan beribu-ribu ayat lagi bahawa Tuhan sekalian alam mengkhususkan dirinya dengan satu sifat, dan dalam ayat-ayat lain menyifatkannya kepada diri yang lain.
Ada satu tempat Allah berfirman: Yang mengambil nyawa kamu hanyalah Allah, namun dalam ayat yang lain Allah berfirman:
يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ
سوره سجده آيه11
(Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian)
Perbahasan syafaat merupakan satu perbahasan al-Qur’an dan bukanlah perbahasan mazhab sehingga saya boleh mengatakan Syiah terima syafaat, dan Ahlusunnah tidak menerima Syafaat.
Tidakkah golongan Wahabi; Ibnu Taimiyah muncul berbicara sesuatu yang tidak waras dan tidak berlogik, dia mengatakan: Tuhan sekalian alam telah menyabitkan syafaat kepada Nabi; namun dikatakan: Janganlah berikan syafaat.
Iaitu dikatakan: Engkau ada hak untuk memberikan syafaat, tetapi janganlah berikan syafaat; iaitu hakikatnya kamu mengundang seseorang ke rumah dan membentangkan tikar menghidangkan berbagai makanan; namun tidak ada sesiapapun mempunyai hak untuk makan. Syafaat yang ada di dalam al-Qur’an merupakan perbahasan al-Qur’an, bukanlah perbahasan mazhab, dan pemberi syafaat bukanlah untuk setiap orang.
Surah al-Najm ayat 26 yang saya bacakan tadi menyatakan:
لَا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلَّا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى.
(Berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya)
Iaitu untuk orang yang diredai Allah. Bukan untuk sesiapa sahaja.
Katakan seseorang melakukan dosa sampai ke penghujung umurnya, dan ketika detik-detik terakhir dia mengatakan: Aku akan meninggal dunia, maka aku beristighfar dan meminta ampun daripada Allah. Taubat begini tidak akan diterima kerana al-Qur’an mengatakan:
وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآَنَ.
Surah al-Nisa, ayat 24
(Dan tidak ada lagi taubat orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini)
Taubat mereka ini tidak akan diterima.
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ.
سوره نساء آيه17
(Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat.)
Mereka ini pula melakukan dosa namun segera bertaubat
Sekarang kalau saya melakukan dosa, dan saya tidak tahu apakah dosa ini benar-benar diampuni atau tidak?
Saya beristighfar; namun banyak perkara yang mana Ahlul Bait mengambil tangan kita. Syafaat bagaikan seorang pelajar yang tekun siang dan malam untuk belajar; namun terdapat markah ujian yang kurang 1 atau ½. Hanya gara-gara satu markah dia perlu mengulang pelajaran selama satu tahun, maka pengetua sekolah pun berkata kepada guru ini: Pelajar ini seorang yang baik, tekun berusaha dan tidak juga pemalas, ada satu markah yang kurang. Janganlah biarkan beliau mundur semata-mata kerana satu markah.
Inilah yang dikatakan mereka syafaat
Agha Muhsini:
Oleh itu ini tidak bertentangan dengan keadilan tuhan?
Ustaz Qazwini:
Benar, tidak ada pertentangan dengan keadilan tuhan, juga tidak bertentangan dengan al-Qur’an.
Penonton:
Mengapakah nabi Nuh tidak memberikan syafaat kepada anaknya?
Ustaz Qazwini:
Ini disebabkan dia tidak memenuhi syarat-syarat syafaat, sehinggalah ke penghujung riwayat hidupnya nabi Nuh berkata: Berimanlah wahai anakku. Anaknya berkata: Tidak. Nabi Nuh berkata: Engkau akan tenggelam. Dia menjawab: Aku akan pergi ke puncak gunung, air ini tidak akan sampai kepadaku.
Ketika seseorang itu sampai ke akhir riwayat hidupnya masih berdegil, kata-kata ayahnya yang juga seorang nabi tidak didengarinya, dan masih tidak mahu beriman, bagaimanakah dia boleh mendapatkan syafaat?
Penonton:
Kalau kita berdegil dan melakukan maksiat serta dosa, kita tidak bertaubat, saya kira tidak akan ada orang besar yang mahu memberikan syafaat.
Ustaz Qazwini:
Benar, jikalau sesiapa yang melakukan dosa tanpa bertaubat sedikitpun, sehingga ke akhir riwayat hidupnya bergelumang dengan dosa, maka syafaat untuknya adalah ejekan. Kita ada riwayat yang dinukilkan oleh Syiah dan Sunni di mana Rasulullah (s.a.w) bersabda:
ادخرت شفاعتي لاهل الكبائر من امتي.
Muʻjam Abī Yaʻlā, jilid 1 halaman 173
“Aku menyimpan syafaat untuk sekumpulan daripada ummatku yang melakukan dosa besar.
Namun untuk sesiapapun yang melakukan dosa sehingga ke penghujung hayatnya, sampai Malaikat Maut datang kepadanya, al-Qur’an mengatakan:
حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ
Surah al-Nisa ayat 18
(Sehingga ketika datang kematian kepada salah seorang daripada mereka)
Malaikat Maut datang, masih juga melakukan dosa, Malaikat Maut menghampiri, masih juga melakukan dosa, Malaikat sudah di muka pintu bilik, sebaik sahaja menyedari kehadiran Malaikat Maut (dia mengatakan):
قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآَنَ
Surah al-Nisā’ ayat 18.
Taubat ini tidak berkesan dan syafaat tidak meliputi individu seperti ini.
Penonton (Ashurayi):
Saya berterima kasih atas program yang sangat baik daripada kamu semua, sekurang-kurangnya mencerahkan masyarakat. Oleh kerana saya tidak mempunyai peluang untuk menyelidik tentang Syiah, dan tidak ada waktu untuk membaca subjek yang sebenar, maka saya menggunakan program-program ini, saya lihat akidah Syiah menjadi kukuh dan saya bangga menjadi seorang Syiah. Kami sentiasa menyokong dan membantu anda.
Saya bersyukur kepada Allah, entahlah mengapa musuh-musuh kita dicipta dengan tidak berpengatahuan, mungkin ada hikmah Ilahi.
Penonton (Hasan; Ahlusunnah Iraq):
Saya ada beberapa pertanyaan, saya ingin mengatakan: Kami adalah Ahlusnnah dan akidah kami berbeza dengan kamu, namun tidak berniat untuk menghina.
Mengenai pengganti Rasulullah, kamu telah banyak berbicara iaitu bagaimanakah khalīfah itu, dan samada khalīfah itu dipilih atau dilantik, bukti paling kuat di kalangan kami juga ialah Khamenei yang telah dipilih, betul atau tidak? Ucapan anda dialu-alukan.
Hari ini bukti paling baik bagi Ahlusunnah ialah Khamenei yang diserupakan seperti Abu Bakar dalam mesyuarat pemilihan, Syiah harus mengesahkan ini; mengapa kalian tidak mahu merelakan perkara ini? Tolong berikan jawapan.
Agha Muhsini:
Ustaz, nampaknya beliau membandingkan imāmah dengan isu wilāyatul faqīh.
Penonton:
Kamu mengatakan imām Zaman ialah demikian dan demikian, sebagaimana pada suatu hari Mashkīnī dalam solat Jumaat berkata: Perselisihan kita dengan saudara-saudara Ahlusunnah ialah kita mengatakan: Imam Zaman sudah lahir; namun mereka mengatakan: Belum lahir.
Oleh itu katakanlah, bila imam Zaman telah wujud dan kami ingin bertanya apakah kamu baru lahir? atau sudah lahir sebelum ini? Jika sudah lahir, mengapa kamu lari serta biarkan Syiah dan Sunni?
Ustaz Qazwini:
Sudah berpuluh-puluh kali kami mengatakan:
إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً.
Surah al-Baqarah ayat 30
(Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi)
Dan ayat ini yang mengatakan seperti berikut:
إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ.
Surah Ṣāḍ ayat 26:
(sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi)
إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا.
Surah al-Baqarah ayat 124
(Sesungguhnya Aku jadikan kamu imām kepada manusia)
Dalam seluruh kes ini, “menjadikan” itu telah dinisbahkan padaNya, dan kami ada berpuluh-puluh hadis Nabi yang bersabda: Ali adalah khalīfahku, dan Ali adalah waṣīku, Ali imām setelahku, seluruh kes ini telah kami terangkan.
Katakanlah jikalau benar pemilihan, kamu cuba terangkan perbahasan kepimpinan Ayatullah Khamenei, dalam kes Khamenei, satu majlis yang dinamakan Khubregän Rahbarī yang telah dilantik oleh orang ramai dan semua orang sudah mengundi, 70 juta orang masyarakat tampil memilih calon mereka, dan para mujtahid yang terkenal ini kemudiannya (yang terpilih) memilih seorang rahbar (pemimpin tertinggi Iran).
Kamu hendaklah berkata kepada kami: Mengenai Abu Bakar, Umar dan Uthman, siapakah yang memilihnya?
Apakah umat Islam Madinah yang memilih mereka? Semua ini adalah perselisihan.
Sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari, Amirul Mu’minin sendiri tidak memberikan baiʻat kepada Abu Bakar selama enam bulan, begitu juga Bani Hashim tidak memberikan baiʻat. Saʻad bin ʻUbādah tidak pernah memberikan baiʻat sampai ke akhir hayatnya.
Dalam kes Uthman, orang ramai yang melantik enam orang ini atau Umar yang melantiknya?
Kamu menghalang enam orang ini, sekiranya sampai tiga hari mereka tidak memilih sesiapapun, maka mereka ini akan dibunuh. Pemilihan apakah ini?
Dia mengatakan: Jikalau empat orang memberikan pemilihannya kepada seseorang, dua yang lain akan dibunuh. Andainya tiga orang melantik seseorang, sementara tiga orang lagi melantik orang lain, lihatlah yang manakah anakku Abdullah pilih, maka kalian hendaklah bersama pilihannya. Sedangkan Umar berkata: Anakku tidak mempunyai kelayakan menjatuhkan talak kepada isterinya. Sekadar si sini kamu bandingkan, kami akan terima. Kamu mengatakan sistem pemilihan ini, kebebasan ini, demokrasi ini dalam pemilihan rahbar, yang mana satu sistem yang ada pada khalīfah kamu?
Kami dengan hormatnya menunggu kata-kata anda.
Mengenai apa yang anda katakan: Imam Mahdi masih belum lahir, dan kami mengatakan beliau sudah lahir, di kalangan ulama Ahlusunnah ada 128 orang yang mengiktiraf bahawa Imam Mahdi telah lahir pada pertengahan Sya’ban, hari Jumaat, tahun 255 Hijrah. Apakah kamu mahukan lebih dari 128 orang?
Kesemua ini sudah kami bawakan untuk kamu, kamu yang mahu tunduk menyerah, itu adalah satu perbahasan yang lain. Kami tidak mahu bergaduh dengan anda.
Kami dengan sukacitanya ingin membawakan ucapan Zahabi yang merupakan ulama besar anda, beliau mengenai imām Mahdi berkata:
محمد بن الحسن الذي يدعوه الرافضة القائم الخلف الحجة فولد سنة ثمان وخمسين، وقيل : سنة ست وخمسين.
تاريخ الإسلام، ج19، ص 113
Muhammad bin al-Hasan yang digelar oleh Rafīḍah sebagai al-Qā’im, al-Khalaf, Al-Ḥujjah, lahir pada tahun 258; ada yang mengatakan 256 Hijrah.
Kitab al-ʻIbr juga mempunyai taʻbīr seperti ini, Ibnu Khaldun berkata:
كانت ولادته يوم الجمعة منتصف شعبان سنة خمس وخمسين ومائتين.
وفيات الأعيان وأنباء أبناء الزمان، جص 176
Wafāyat al-Aʻyān, jilid 4 halaman 176.
Kelahirannya pada hari Jumaat pertengahan Syaʻban. Sila berikan yang lebih jelas wahai encik Hasan.
Ibnu Khalakān bukanlah Syiah, tidakkah pada malam ini encik Hasan menelefon, beliau menafsirkan akidah tentang alam barzakh. Ṣafdī berkata:
ولد نصف شعبان سنة خمس وخمسين.
الوافي بالوفيات، جص 249
Beliau (imām Mahdi) lahir pada tahun 255.
Abul Fidā’, salah seorang ahli sejarah terkenal Ahlusunnah:
وولد المنتظر المذكور، في سنة خمس وخمسين ومائتين.
المختصر في أخبار البشر، جص 178
(dan al-Muntazar yang disebut itu lahir pada tahun 255 Hijrah – al-Mukhtaṣar fi Akhbār al-Bashar, jilid 1 halaman 178)
Fakhrul Rāzī, salah seorang individu ternama kamu berkata: Imām Hasan al-Askarī mempunyai dua orang anak, salah lelaki dan seorang perempuan, dua perempuan yang lain telah meninggal dunia di zaman beliau, dan al-Mahdi masih hidup setelahnya.
Ibnu Hajar al-Haythamī di dalam kitab al-Ṣawā’iq al-Muḥriqah berkata: Usia Mahdi ketika ayahnya wafat ialah 5 tahun.
Zarkalī yang tidak syak lagi merupakan 100 peratus adalah seorang Wahabi, cuba ulang sekali lagi rancangan televisyen dan cuba ingat sekali lagi.
Ketika anda pergi kepada beberapa program tv, yang kononnya pernah menelefon kepada saya dan Qazwini tidak dapat menjawabnya, tanyalah kepada Mulla Zade bahawa Fakhrul Razi berkata demikian, Ibnu Khalkān berkata demikian, Zarkalī pun mengatakan demikian, Ṣafdi juga berkata demikian, lihatlah apa yang beliau jawab kepada anda.
Nasiruddīn Al-Bānī sendiri, yang menjadi kebanggaan Wahabi, di dalam kitab Taʻlīqāt berkata: Ibu Imam Muhammad bin al-Hasan yang berlaqab dengan Hujjah, al-Qā’im dan al-Madi, merupakan ibu kepada seorang anak, namanya juga adalah Narjes Khātūn.
Apa yang kami katakan ini, silakan ingat dan katakanlah:
Saya tanyakan begini, dan mereka menjawabnya sekian.
Lihatlah apa yang mereka akan jawab, kemudian beritahu kami jawapan mereka.
Saya dengan tulus ikhlas dengan mereka yang mencari perbahasan ilmiyah, namun mereka yang degil, yang mengunci akal mereka di dalam stor, maka tidak ada lagi faedah. Kami tidak ada urusan dengan orang seperti ini.
Namun bagi mereka yang benar-benar mencari kebenaran dan hakikat, kami sedia berbakti kepada mereka, sebagai ganti satu soalan mereka boleh bertanya sepuluh soalan, kami akan terangkan kepada mereka ini.
Agha Muhsini:
Meskipun begitu, dalam bahagian akhir bicara mereka, mungkin mereka masih tersalah menafsirkan sehingga mengatakan: Jikalau benar beliau sudah lahir, mengapakan beliau melarikan diri. Kata-kata begini tidak benar.
Ustaz Qazwini:
Sama sahaja dengan dalil Nabi (s.a.w) melarikan diri, dari Makkah datang ke Madinah, dengan dalil ini juga beliau turut melarikan diri?
Penonton (Mustafa dari kota Rey)
Benarkah imām Hasan dan imam Husain berada di dalam askar yang dikirim ke Iran di zaman khalīfah kedua?
Ustaz Qazwini:
Tidak ada.
Penonton:
Apa faedahnya kami ingin menerima Islam secara paksaan, dengan pedang, pembunuhan rakyat satu kerajaan, pembakaran perpustakaan kerajaannya, menawan perempuan dan kanak-kanak? Beberapa ketika yang lalu, salah seorang saudara Ahlusunnah menelefon kepada Qazwini dan berkata: Mengapakah jemaah Ahlusunnah di Tehran tidak ada masjid mereka sendiri. Qazwini di dalam jawapannya mengatakan: Sama sahaja sebab apa Syiah tidak mempunyai masjid mereka sendiri di Arab Saudi. Sedangkan beberapa waktu dahulu, ayah saya ke rumah Allah berkata: Di Madinah tidak ada satupun masjid Syiah untuk jemaah mereka sehingga kami dapat solat di sana. Kami ingin lihat apakah beliau ada jawapan tentang isu ini.
Ustaz Qazwini:
Di manakah masjid Syiah di Madinah?
Penonton:
Di Madinah ada satu masjid dinamakan masjid Syiah.
Ustaz Qazwini:
Kami tidak ada masjid di Madinah
Penonton:
Ada di dalam satu taman, di Madinah
Qazwini:
Itu adalah milik encik ʻAmrī, hanyalah rumah dan taman beliau yang mana mereka membina bangunan seperti Husainiyah.
Iaitu bukan masjid, mereka tidak izinkan membina masjid.
Penonton:
Ayah saya berkata: Itu milik encik ʻAmrī, namun kami solat di sana.
Ustaz Qazwini:
Itu rumah dan taman encik ʻAmrī, di mana sebuah bangunan dibina di dalam rumah beliau, tidak ada kaitan dengan yang di luar. Di atasnya juga tidak juga ditulis masjid atau husainiyah, bahkan satu tempat yang luas di mana tingkat atas untuk lelaki, dan tingkat bawah untuk perempuan. Mereka tidak izinkan Syiah membina masjid di Makkah, Riyadh dan Jeddah. Di bahagian Timur seperti al-Ahsā dan qatif, sebuah bangunan telah dibina namun tidaklah seperti masjid yang kita banyangkan.
Di Iran juga terdapat masjid saudara-saudara Ahlusunnah untuk masyarakat mereka, setanding dengan masjid Syiah.
Mengenai Tehran, kami tidak ada kaitan dengannya, ini adalah isu yang merupakan perbahasan politik, negara Republik Islam dan Rahbar yang menjadi kepercayaan mereka. Al-Qur’an mengatakan:
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ.
سوره نساء آيه 59
Apabila Ulil Amri berkata: Masjid tidak boleh ada, maka menurut fatwa saudara-saudara, ianya tidak boleh dibantah. Jika saudara-saudara pergi ke negara-negara Arab pinggiran teluk Parsi dan selainnya, mereka mengatakan: Barangsiapa yang melakukan sesuatu yang bercanggah pendapat dengan Ulil Amri, maka ia boleh dihukum, disebat dan dipenjarakan. Namun oleh kerana Iran adalah pemerintah Syiah, maka tidak ada kefahaman Ulil Amri (begini).
Penonton (Saudari Barähūyī dari Zäbul; Ahlusunnah):
يارب از دلهاي ما نور محبت را مگير     اين تجمع اين توسل اين ارادت را مگير
هستي ما بستگي دارد به عشق اهل بيت     هرچه ميخواهي بگير از ما ولايت را مگير
Wahai Tuhan, janganlah ambil cahaya cinta dari hati kami,
janganlah dicabut kesatuan ini, tawassul ini dan iradah ini,
Kewujudan kami berkait rapat dengan dengan kecintaan Ahlul Bait,
Ambillah apa sahaja yang Engkau inginkan kecuali wilāyah,
Saya bersyukur kerana dikurniakan kebahagiaan selama 3 hari di bulan Ramadhan dapat berada di samping (makam) Imam Ali bin Musa al-Ridha. Benar-benar situasi dan udara yang menyenangkan dengan berpuasa 3 hari, solat maghrib di Haram, dan di dalam haram juga berbuka puasa.
Seorang Ahlusunnah yang tidak menerima tawassul adalah seorang Wahhabi.
Dalam video klip beberapa malam lalu yang ditayang Wahhabi, mereka berkata: Perempuan-perempuan Ahlusunnah tidak solat Tarawih, saya ingin katakan: Di manakah kalian melihat perempuan tidak solat tarawih sehingga saya tidak pernah melihatnya.
Agha Nuri berkata tentang syafaat, menurut pandangan saya para imām mempunyai martabat di sisi Tuhan, dan kami juga berada mengambil perantara dengan mereka supaya mendapat syafaat di sisi Tuhan.
Kami Ahlusunnah terima konsep Tawassul dan Syafaat.
Ustaz Qazwini, kami Ahlusunnah juga menerima Tawassul dan syafaat. Tuan Qazwini, ketika saya di Haram, saya mengingati anda dan mendoakan anda supaya jalan yang anda tempuhi ini sentiasa berjaya.
Ustaz Qazwini:
Saya ucapkan terima kasih.
Agha Muhsini:
Silakan panggilan telefon seterusnya.
Penonton (Kuhestänī dari Malärd):
Salam alaikum. Berkenaan dengan saluran satelit ini yang dicipta (saluran satelit Wahabi) seperti saluran Nur, Wishal, Kaleme, semua ini mempunyai motif, diketahui bahawa mereka ingin menyesatkan orang ramai.
Berkenaan dengan isu ini saya tidak ragu dan tidak menafikan, ini disebabkan apabila seorang hamba Allah menelefon dan menyoal Agha Hashemi tentang ayat Ṭaṭhīr, dan Agha Hashemi serta merta membawa surah al-Anfāl ayat 10, dia menerangkan bahawa di sini juga menerangkan tentang kesucian.
Sedangkan ayat al-Anfāl sebagaimana yang dimaklumkan, bahawa apabila hujan turun, kamu bersuci dengan airnya dan waswas syaitan turut dihindarkan. Setiap orang yang berakal jikalau membaca ayat ini pasti mengerti bahawa ayat ini ialah pembersihan melalui air hujan. Sedangkan bentuk ayat Ṭaṭhīr Allah (s.w.t) berfirman, dengan wasilah aku, aku membersihkan, bukan dengan air hujan.
Agha Hasan ini menelefon dari Iraq, bertanya mengenai imām Zaman, Allah (s.w.t) di dalam surah al-Naml ayat 81 secara jelas menerangkan tentang imām Zaman, saya tidak terfikir ada masalah yang lebih jelas dari ini yang mana Allah berkehendak menerangkan kepada hambanya.
Sementara itu, di sini hanya memerlukan sedikit akal dan tadabbur, insyallah dengan wasilah ini kita sampai kepada iman yang sempurna.
Ustaz sendiri telah memberikan penerangan ayat ini. Mereka mengambil dana dari Arab Saudi sehingga menyesatkan pengetahuan orang. Saya cadangkan jikalau saluran satelit yang tidak berakhlak diasaskan demi untuk mengejar wang, saya berfikir mungkin dosanya agak kurang.
Agha Muhsini:
Fitnah lebih besar dari pembunuhan. Mereka ini memfitnah, dosanya tidak terampun melebihi dari dosa membunuh.
Penonton (Agha Khāleghi; Qom):
Salam alaikum, hamba Allah ini menelefon dari Sanandaj dan berkata: Mengapakah Nuh tidak memberikan syafaat kepada anaknya, orang Iraq ini menelefon dari Iraq dan berkata: imām Zaman tidak wujud dan tidak lahir, saya ingin berkata kepada orang seperti ini, janganlah cuba mengatakan bahawa imām Zaman belum wujud dan belum lahir.  Pada suatu malam di Afghanistan, kami menghadapi 350 orang di barisan depan medan perang, kami sentiasa bernazar dan memohon, kemudian perang dengan Taliban.
Pada suatu malam Taliban menyerang, mereka ada 350 orang, kami hanyalah 40 orang, selama empat jam kami saling berperang. Kami yang benar-benar tidak cukup pertahanan hanyalah bertawakkal kepada Allah dan bertawassul dengan 12 imām, terutamanya imām Zaman.
Keesokan harinya ada seorang Ahlusunnah dari pihak Taliban datang dan berbicara bersama kami: Kekalahan yang yang dialami terlalu parah, ada seseorang yang berkenderaan misteri menembak kami. Kami semua berada di dalam kubu dan tidak keluar sedikit pun, kami tidak ada sebarang kenderaan untuk dinaiki.
Alhamdulillah dengan perhatian Allah, dan imām Zaman, 350 orang yang melakukan operasi menyerang kami yang berjumlah 40 orang telah kalah dan ramai di kalangan mereka yang terkorban.
Agha Muhsini:
Agha Kuhestänī mengatakan, tolong jelaskan ayat 81 surah al-Naml
Ustaz Qazwini:
Malam tadi, mereka ini dan para pakarnya ada program tentang isu Ahlul Bait. Mereka ini sedang memasukkan para isteri Nabi ke dalam daerah Ahlul Bait. Saya hendak mengatakan beberapa noktah, tolong cam baik-baik, ketika mereka menelefon, jaringan ini sudah penuh dengan panggilan masuk.
Tarmizi, salah seorang ulama besar Ahlusunnah yang wafat dalam tahun 275 Hijrah menukilkan daripada Ummu Salamah dan berkata: Nabi (s.a.w) membentangkan kain ke atas imām Hasan, imām Husain, Amīrul u’minīn dan Fatimah Zahra. Beliau bersabda:
Mereka ini Ahlul Baitku, Ya Allah, jauhkanlah mereka ini dari kenistaan dan kekotoran. Ummu Salamah berkata:
وأنا مَعَهُمْ يا رَسُولَ اللَّهِ قال إِنَّكِ إلى خَيْرٍ.
سنن الترمذي، جص 699
Apakah aku juga termasuk dengan mereka? (Nabi tidak berkata: Iya), para pakar ini sama sekali tidak mempunyai maklumat tentang Allah dengan berkata: Tidak, Ummu Salamah sebahagian daripada Ahlul bait di mana Rasulullah berkata: Engkau adalah daripada Ahlul Bait sebagai tambahan.
إِنَّكِ إلى خَيْرٍ
Sesungguhnya engkau juga ke arah kebaikan.
Berpuluh kali beliau mengulangi kata-katanya dengan fathah huruf kāf.
Sekurang-kurangnya kamu duduk dan bangun bersama orang Arab, ayat itu dibaca dengan betul.
Walau bagaimana pun, dari sini mereka berkata, fathah atas Kāf adalah berat, namun sekarang terbalik, kasrah atas kāf menjadi berat. Tarmizi berkata:
هذا حَدِيثٌ حَسَنٌ وهو أَحْسَنُ شَيْءٍ رُوِيَ في هذا وفي الْبَاب.
سنن الترمذي، جص 699
(Hadis ini adalah sahih, dan riwayat paling Hasan mengenainya dan di dalam bab.) Sesuatu yang terbaik telah ada di sini. Albani berkata: Riwayat ini sahih. Di dalam riwayat yang lain Nabi (s.a.w) bersabda:
اللهم هَؤُلاَءِ أَهْلُ بيتي وخاصتي.
مسند أحمد بن حنبل، جص 292
Kemudian orang ini berkata: Saya tidak tahu apakah riwayat ini adalah sahih atau tidak; namun apa yang telah terbukti bagi kami, hadis ini adalah tidak sahih. Kata-kata ini sungguh aneh, apakah anda tidak pernah berbicara dengan anak serta isteri di dapur? Sedangkan dalam saluran satelit ditonton oleh puluhan ribu orang. Sekurang-kurangnya anda tidak tahu, janganlah cuba tunjukkan janggut kemudian mengatakan saya tidak tahu hadis ini sahih atau tidak; namun yakin hadis ini tidak sahih.
Saya tidak tahu lagi, kalau tauhid, Islam dan iman kamu berasaskan keyakinan ini, kamu hendaklah bacakan fatihah kepada Islam kamu. Nabi (s.a.w) bersabda: Ayat ini diturunkan berkenaan dengan lima orang, tidak lebih dari lima orang, aku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.
Sahih Muslim yang mana Zaid bin Arqam berkata: Aku bertanya apakah isteri-isteri nabi sebahagian daripada Ahlul Bait Nabi? beliau berkata: Demi Allah, tidak, para isteri Nabi bukanlah sebahagian daripada Ahlul Bait. Ini adalah Sahih Muslim, sekurang-kurangnya ambillah dan baca.
Namun sekarang orang ini berkata: Zaid bin Arqam tidaklah maksum dan tersilap di sini; iaitu Zaid bin Arqam tersalah dan Ummu Salamah juga tersalah.
Di dalam tafsir Ibnu Kathir, Nabi (s.a.w) bersabda:
إنك إلى خير أنت من أزواج النبي صلى الله عليه وسلم.
تفسير ابن كثير، جص 486
Engkau adalah daripada isteri-isteri Nabi (s.a.w), Ummu Salamah berkata: Aku pegang kain ini supaya dapat masuk bergabung dengan mereka, Nabi (s.a.w) datang dan mengambil jubah daripada tanganku dan menariknya. Nabi mengambil jubah supaya isteri Nabi tidak masuk ke dalamnya. Wahabi ini tidak mempunyai maklumat daripada Allah, anti-Ahlul Bait, mereka ingin jubah daripada Nabi dan memasukkan para isteri baginda secara paksa? Aisyah berkata:
فدنوت منهم فقلت يا رسول الله وأنا من أهل بيتك فقال صلى الله عليه وسلم تنحي فإنك على خير.
تفسير ابن كثير، جص 486
Aku pergi dan mendekati: Wahai Rasulullah, apakah aku dari Ahlul BaitMu? Menghindarlah. Maka Zaid bin Arqam tersalah dan Aisyah juga tersalah?. Mereka ini tidak maksum, Ummu Salamah pun tersalah dan beliau tidak maksum di mana beliau berkata:
أن النساء المطهرات غير داخلات في أهل البيت الذين هم أحد الثقلين.
روح المعاني، ج22، ص 16
Sesungguhnya para isteri Nabi tidak termasuk sebagai Ahlul Bait yang mana Ahlul Bait adalah salah satu daripada 2 perkara yang berharga.
Imām al-Ṭaḥāwī merupakan salah seorang daripada individu tersohor kalian berkata: Maksud ayat Ṭaṭhīr ini ialah Nabi, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain:
دُونَ من سِوَاهُمْ.
شرح مشكل الاثار، جص 245
Ibnu Taimiyah yang menjadi imām kalian juga telah membawa penafsiran bergini:
لسن من أهل بيته، وهو قول زيد بن أرقم.
الفتاوى الكبرى، جص 193

Ini menunjukkan bahawa para isteri Nabi bukanlah Ahlul Bait. Orang ini pun datang dan mengenepikan semua perbahasan dan dengan pemaksaan berkata di hadapan ribuan penonton: Para isteri Nabi sejak awal-awal lagi, dan jikalau Nabi bersabda: imām Hasan, imām Husain meminta supaya dimasukkan ke dalam kelebihan ini. 

No comments:

Post a Comment