Monday, December 22, 2014

Kedudukan ahlulbayt a.s



Kedudukan ahlulbayt a.s

Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w adalah lebih tinggi dari kedudukan para sahabat

Justeru kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w adalah lebih tinggi daripada kedudukan sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan dengan orang lain” (al-Qundizi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 206). Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w setaraf dengan sahabat adalah tidak tepat dan bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi s.a.w itu sendiri.

(I). Kerana mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w itu adalah wajib sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Syura (42):23 “Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada kerabat(ku)” Maksud dengan kerabat (al-Qurba) di dalam ayat itu adalah Ahlu l-Kisa’: Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ibn Abbas berkata manakala turun ayat, mereka bertanya: Sapakah kerabat yang diwajibkan ke atas kami kasih sayang terhadap mereka? Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, Fatimah dan dua anak lelakinya” (Ibn Kathir, Tafsir, iv, hlm. 122, al-Tabari, Tafsir, xxv, 16, al-Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, iii, 467).

Soalnya (a): Bagaimana saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menunjukkan kasih sayang mereka kepada Fatimah al-Zahra’ sepenuhnya (100%) sedangkan mereka menyokong Abu Bakar dan Umar ketika mereka menyerang rumah Fatimah a.s supaya memberi baiah kepada Abu Bakar, kemudian merampas Fadak daripadanya dan menegah pemberian khumus kepadanya?

(b) Bagaimana saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menunjukkan kasih sayang mereka sepenuhnya (100%) kepada Ali a.s sedangkan mereka menyokong Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah, walaupun Rasulullah s.a.w melantiknya sebagai Khalifah selepasnya sedangkan Ali as menuntut haknya dan adakah Ali a.s berbohong di dalam tuntutannya itu?

(c) Adakah saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah merasakan bahawa Fatimah, Ali, Hasan dan Husain a.s telah berbohong ketika mereka menuntut jawatan Khlifah daripada Abu Bakar? Jika mereka berbohong, maka mereka tidak disucikan?

(d) Bagaimana mereka menunjukkan kasih sayang mereka sepenuhnya kepada Husain as ketika beliau diserang dan dibunuh di Karbala’ sedangkan mereka menyokong pembunuh-pembunuhnya? (e) Bagaimana mereka menunjukkan kasih sayang mereka kepada Rasulullah s.a.w sepenuhnya (100%) sedangkan mereka mematuhi Sunnah Abu Bakar, Umar dan Uthman? Soalnya: Adakah cinta dan kebencian boleh bersatu? Jawapannya:

(a). Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Ahzab (33): 4 “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya”
(b). Rasulullah s.a.w bersabda: " Cinta kepada Ali adalah keimanan dan membencinya adalah nifaq” “Kamu cintailah aku kerana kecintaan kamu kepada Allah, cintailah Ahlu Baiti (keluargaku) kerana kamu mencintaiku” (Sunan al-Turmudhi,v/622/3789, Tarikh Baghdad, iv/160, al-Mustadrak, iii/4716, Usd al-Ghabah, ii,/18).
(c). Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib as berkata: Tidak akan berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta musuh kami (hubbu ‘aduwwi-na) di dalam rongga seseorang. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.

Justeru cinta dan kebencian tidak akan bertemu. Adapun pencinta kami (muhibbu-na), maka cintanya bersih sepertilah emas yang dibersihkan dengan api, tanpa sebarang kekotoran padanya. Lantaran itu sesiapa yang ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya. Jika cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami, maka dia bukanlah dari kami, dan kami bukanlah daripadanya. Allah adalah musuh mereka, Jibrail , Mika’il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang ingkar”
(Bihar al-Anwar, 27, hlm. 51, hadis no.1). Ini bererti cinta dan kebencian tidak boleh bersatu.

(d) Ketiga-tiga Khalifah tersebut wajib menunjukkan kasih sayang mereka kepada Fatimah, Hasan Husain dan Ali as sepenuhnya (100%) kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Mereka terikat dengan ayat Mawaddah tersebut. Soalnya: Adakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah percaya bahawa mereka tidak terikat dengan ayat tersebut?

(II). Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mati kerana mencintai keluarga Muhammad (ali Muhammad), maka dia akan mati sebagai syahid”. “Sesiapa yang mati kerana mencintai kelauarga Muhammad, maka dia akan diampun dosanya” (al-Zamakhsyari, Tafsir Kasysyaf, iv, hlm.220) dan sabdanya: Cintailah Ahlu Baitku kerana kalian mencintaiku” (Sunan al-Turmudhi, v, 622/3789, Tarikh Baghdad, iv, hlm.160). Oleh itu, wajib mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w kerana mereka adalah manusia yang suci yang dicintai oleh Rasulullah s.a.w.

(III). Rasulullah s.a.w bersabda: “Umpama Ahlu l-Baitku adalah pada kamu adalah seperti bahtera Nuh, siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan tenggelam” (al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm.343, al-Tabrani, al-Ausat, hlm.216). Hadis ini menunjukkan bahawa Khalifah adalah daripada Ahlu l-Bait as yang mana ketuanya adalah nabi s.a.w dan ketika wafat, baginda berjanji kepada Ahlu l-Baitnya supaya memudinya. Anak lelaki nabi Nuh as tidak berjaya kerana dia tidak bersama bahtera bapanya.

Nuh a.s telah menyeru anak lelakinya supaya menaiki bahtera bersamanya surah Hud (11):42 “Wahai anakku! Naiklah (ke bahtera) bersama kami dan janganlah engkau bersama orang yang kafir” Anak lelakinya menjawab dia akan menaiki gunung bagi mengilakkan dari air bah. Surah Hud (11): 43“Dia menjawab, “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menghindarkan aku dari air bah!” (Nuh) berkata, “Tidak ada yang melindungi dari seksaan Allah pada hari ini selain Allah Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka dia (anak itu) termasuk orang yang ditenggelamkan”

(IV). Rasulullah s.a.w bersabda: Umpama Ahlu i-Baitku pada kamu sepertilah pintu taubat Bani Israel (bab hittah Bani Israil), sesiapa yang memasukinya diampun dosanya” (al-Sawa‘iq al-Muhriqah, 125, al-Mu‘jam al-Ausat,vi, hlm.85, al-Mu‘jam al-Saghir, ii, hlm.22). Hadis ini menunjukkan bahawa

Ahlu l-Bait as merupakan tempat untuk untuk mendapat keampunan ilahi seperti pintu taubat Bani Israel.

(V). Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya” Justeru sesiapa yang mahukan ilmu, hendaklah dia datang melalui pintunya (Ali). (al-Mustadrak, iii,126, Tarikh Baghdad, 377, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, hlm.37).

(VI) Rasulullah s.a.w bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.216, Ahmad bin Hanbal. al-Musnad, I, hlm.111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al- ‘Ummal, vi,hlm.401). Hadis ini menunjukkan Ali a.s adalah Khalifah secara langsung selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

(VII) Rasulullah s.a.w bersabda: Tidakkah anda meridhai, wahai Ali, anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku” (al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54 (peperangan Tabuk), Muslim, Sahih, ii, hlm. 236 (Fadha’il al-Sahabah), Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 109).


(VIII) Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku” (Sahih al-Turmudhi, v, 632, Musnad Ahmad, v, 356, Khasa’is al-Nasa’i, 61-64).

No comments:

Post a Comment