Saturday, December 13, 2014

AHL AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM
Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya. Al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dengan menggunakan uslub berikut:
1. Dengan terus terang menyebut nama mereka dengan menggunakan istilah yang digunakan al-Qur’an, adakala al-Qur'an menyebut mereka dengar nama Ahl a1-Bayt, sebagaimana dalam ayat “at-Tathir”1 dan kadang-kadang disebut dengan “al-Qurba” sepertimana dalam ayat “al-Mawaddah”.2 Dengan sebab itu turunnya beberapa ayat al-Qur’an yang dijelaskan oleh Sunnah Nabi dan diuraikan untuk umat pada ketika itu, serta diriwayatkan oleh ahli-ahli tafsir, perawi-perawi hadis dan ahli-ahli sejarah dalam kitab-kitab dan ensiklopedia mereka.
2. Dengan merekodkan peristiwa dan kejadian yang berlaku khusus mengenai Ahl al-Bayt, dengan turunnya beberapa ayat yang menceritakan kelebihan dan maqam Ahl al-Bayt, dengan memuji-muji mereka dan perhatian umat terhadap mereka sama ada secara berkelompok seperti dalam ayat “al-Mubahalah”,3 dan ayat “at-Ta’am” dalam surah “ad-Dahr” dan lain-lain atau secara berasingan seperti dalam ayat al-Wilayah iaitu:
إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذينَ آمَنُوا الَّذينَ يُقيمُونَ الصَّلاةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكاةَ وَ هُمْ راكِعُون
Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka yang mendirikan al-solah dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk.”
Kami akan kemukakan sebahagian daripada ayat-ayat yang banyak menjelaskan keutamaan dan kedudukan Ahl al-Bayt as dengan secara terperinci dan terang.
PERTAMA: AYAT AT-TATHIR
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ تَطْهِيرًا
Kebanyakan kitab al-tafsir dan hadis menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahl at-Bayt as ialah keluarga Nabi Muhammad saw, mereka ialah Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Tersebut dalam kitab al-Dur- al-Manthur karangan al-Suyuti, hadis dikeluarkan oleh al-Tabr ni daripada Umm Salamah bahawa Rasululluah saw bersabda kepada Fatimah, maksudnya; “Datanglah kepadaku suamimu dan kedua-dua anaknya, kemudian Fatimah datang bersama-sama mereka, kemudian RasulIullah saw menutupi mereka dengan kain penutup daripada negeri Fadak, lalu meletakkkan tangannya saw ke atas mereka dengan bersabda, maksudnya: Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah Ali Muhammad.
Dalam setengah riwayat menggunakan lafaz (Al Muhammad) – maka jadikanlah salawat dan keberkatan kamu ke atas keluarga Muhammad sebagaimana telah kami jadikannya ke atas keluarga Ibrahim sesungguhnya kamu Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Berkata Umm Salamah: Aku bukakan kain penutup supaya aku dapat masuk ke dalam bersama-sama mereka tetapi Rasullullah merentap kain penutup itu daripada tanganku dan bersabda sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan.”3F4
Diriwayatkan daripada Umm Salamah, isteri Nabi, bahawa ketika Rasullullah saw berada di rumahnya sedang tidur dengan (memakai) kain selimut dan Khaibar tiba-tiba
Fatimah datang membawa satu mangkuk berisi Khazirah.5 Rasulullah saw berkata kepada Fatimah: Panggil suamimu dan kedua-dua anakmu Hasan dan Husayn, maka Fatimab pun memanggil mereka itu tatkala mereka tengah makan tiba-tiba turun ayat 33 Surah 33 kepada Rasulullah saw Kemudian Rasullullah memegang tepi kainnya dan menutupi mereka itu dengan kain itu, seterusnya Nabi saw mengeluarkan tangannya daripada kain selimut dan menadahkan tangannya ke langit dengan berdoa:
اللهم هؤلاء اهل بيتی و خاصتی فاذهب عنهم الرجس و طهرهم تطهيرا
“Ya Allah mereka itu adalah Ahl Baytku dan keturunanku maka hapuskanlah
kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya.” Nabi saw
mengulangi (doa ini) 3 kali. Berkata Umm Salamah: Aku masukkan kepalaku dalam penutup
itu dan aku berkata: Wahai Rasullullah adakah aku (boleh) bersama kamu? Jawab Nabi saw:5F
6
انک علی خير“ ” Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan (diulangi sebanyak) dua kali.”
Begitulah seterusnya Rasullullah menerangkan kepada umatnya mengenai makna ayat suci al-Qur’an dan bersungguh-sungguh untuk memahamkannya supaya umatnya dapat petunjuk daripadanya dan berjalan mengikut petunjuk al-Qur'an dengan sabdanya yang bermaksud: “Diturunkan ayat ini kepada lima orang, kepadaku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn:
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”6F7 Sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah dalam menai sirkan ayat itu dan mengukuhkan mengenai orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini dengan katanya:
Nabi telah keluar pada suatu pagi dengan memakai mard marhal daripada bulu hitam kemudian datang Hasan bin Ali lalu dimasukkan ke dalarnnya, lepas itu datang pula Husayn dan dimasukkan ke dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan akhir sekali Ali datang dan dimasukkan ke dalamnya, lalu membaca ayat (33 Surah 33).
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”7F8
Terdapat dalam riwayat yang lain. pula bahawa Rasullullah saw pernah lalu (di depan) pintu rumah F timah ketika baginda hendak pergi solah subuh dan bersabda maksudnya: “Salat, salat wahai Ali al-Bayt sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghapuskan dosa daripada kamu Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu dengan penuh kebersihan.” Begitulah al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dan menetapkan peribadi mereka yang suci daripada kekotoran, maksiat dan dosa, dan mengikut hawa nafsu Oleh itu akhlak dan peribadi mereka menjadi contoh teladan. Al-Qur’an tidak memperkenalkan mereka dengan takrif itu melainkan untuk mengukuhkan kedudukan dan maqam mereka dan menumpukan perhatian umat supaya mencontohi mereka dan merujukkan kepada mereka dalam memahami. syariah dan hukum-hakamnya, juga untuk menentukan timbangan dan neraca umat apabila timbul perbezaan pendapat dan percanggahan pemikiran dan dalam hal. ini memang jelas penekanan al-Qur’an dalam beberapa ayat dengan Ahl al-Bayt sebagai contoh teladan bagi orang-orang Islam sesudah Rasullulah saw
Apa juga yang biasa dilakukan Rasullullah seperti berhenti di depan pintu rumah Ali dan Fatimah dan memanggil-manggil mereka di waktu fajar serta mengajak mereka sembahyang dan memberikan gelaran Ahl al-Bayt, semuanya itu tidak lain kecuali untuk mengenalkan keperibadian Ahl al-Bayt dan dengan mentafsirkan ayat at-Tathir untuk menberitahu umat maqam Ahl al-Bayt, menumpukan perhatian umat kepada mereka, kewajipan mengasihi dan mentaati serta memberi kepemimpinan kepada mereka.
Al-Tabari telah meriwayatkan daripada Ibn al-Hamra’ dengan katanya “Aku melihat Rasullullah mendatangi pintu Ali dan Fatimah selama enam bulan lalu menyebutkan,
"الصلاة اهل البيت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ تَطْهِيرًا
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”8F9
Al-Fakhr al-Razi menyebutkan dalam Tafsir al-Kabir bahawa Rasulullah saw selepas turunya ayat:
"وَ أْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَوةِ وَ اصْطَبرِْ عَلَيهَْا"
“Dan suruhlah ahli kamu sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Rasulullah saw pergi ke rumah Ali dan Fatimah pada setiap pagi dan berkata, “as-solah” – baginda berbuat demikian berbulan-bulan lamanya.
Dalam hadith riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas bahawa Nabi saw berjalan melalui rumah Fatimah selama 6 bulan setiap kali baginda keluar hendak solat dan bersabda:
"الصلاة اهل البيت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ تَطْهِيرًا
Hal yang demikian adalah satu penjelasan dan bukti bagaimana pengamatan Rasulullah dengan keluarganya Ahl Bayt dan memperkuatkan lagi kepada orang-orang Islam bahawa mereka akan dibersihkannya dengan sebersih-bersihnya. Selepas Allah menujukan firmanNya yang Bermaksud: “Dan perintahkah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”
Jelas dengan ayat: “ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ ” dan menggunakan perkataan
muzakkar dan tidak perempuan ( عَنكُمُ ) dan ( وَ يُطَهِّرَكمُ ) adalah menunjukkan bahawa mereka
yang dimaksudkan ialah lima oang dan telah disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawa jika
yang dimaksudkan itu isteri-isteri nabi nescaya menggunakan ( وَ يُطَهِّرَكن ) dan ( عَنكنُ ) dan
menujukan ucapannya kepada wanita.
Sesungguhnya ayat-ayat di atas menggariskan satu jalan yang mengandungi makna yang luas dan dalam dan menumpukan perhatian kita kepada matlamat-matlamat yang asas dalam kehidupan umat Islam supaya fahaman kita tidak bercanggah dan mensia-siakan maksud sebenar dalam kitab Allah, yang bertujuan untuk pembinaan umat di atas asas kesucian dan jauh daripada kekotoran dan kehinaan, dan menjadikan Ahl Bayt sebagai pusat dan mercu bagi pembinaan ini. Tiada siapa di antara orang-orang Islam yang persaksikan oleh al-Qur’an dengan sifat-sifat ini dan tiada di antara kita yang ditujukan ucapan oleh Rasulullah dengan sifat-sifat yang mutlaq dan dijauhkan daripada dosa-dosa dan maksiat.

Surah Asy-Syūrā : 23


Surah Asy-Syūrā : 23

Perintah Mencintai Ahlul Bayt as
“Katakanlah wahai Muhammad: “Aku tidak meminta upah kepada kalian dalam dakwah ini melainkan kecintaan terhadap keluargaku”.
Ayat ini turun untuk keluarga Rasulullah SAWW, yaitu Ali, Fathimah, Hasan dan Husein as Silahkan rujuk:
1.Syawāhidut Tanzīl,karya Al-Hakim Al-Haskani Al-Hanafi, juz 2, hal. 130, hadis ke 822, 823, 824, 825, 826, 827, 828, 832, 833, 834, dan 838.
2.Manāqib Ali bin Abi Thalib,karya Ibnu Al-Maghazili Asy-Syafi’i, hal. 307, hadis ke 352.
3.Dzakhā`irul ‘Uqbā, karya Ath-Thabari Asy-Syafi’i, hal. 25 dan 138.
4.Ash-Shawā’iqul Muhriqah,karya Ibnu Hajar Asy-syafi’i, hal. 101, 135, 136, cetakan Al-Maimaniyah, Mesir; hal. 168, dan 225, cetakan Al-Muhammadiyah, Mesir.
5.Kifāyatut Thālib,karya Al-Ganji Asy-Syafi’i, hal. 91,93, dan 313, cetakan Al-Haidariyah; hal. 31, 32, 175, 178, cetakan Al-Ghira.
6.Al-Fushūlul Muhimmahkarya Ibnu Shabbagh Al-Maliki, hal. 11.
7.Maqtalul Husein as,karya Al-Kharazmi Al-Hanafi, juz 1, hal. 1 dan 57.
8.Tafsir Ath-Thabari, juz 25, hal. 25, cetakan ke 2, Mushthafa Al-Halabi, Mesir; juz 25, hal. 14 dan 15, cetakan Al-Maimaniyah, Mesir.
9.Al-Mustadrak, karya Al-Hakim, juz 3, hal. 172.
10. Al-Ittirāf,karya Asy-Syabrawi Asy-Syafi’i, hal. 5 dan 13.
11. Ihyā`ul Mayyit,karya As-Suyuthi Asy-Syafi’i (catatan pinggir) Al-Ittihāf, hal. 110.
12. Nūrul Abhsār,karya Asy-Syablanji, hal. 102, cetakan As-Sa’idiyah; hal. 106, cetakan Al-’Utsmaniyah.
13. Tafsir Al-Kasysyāf,karya Zamakhsyari, juz 3, hal. 402, cetakan Mushthafa Muhammad; juz 4, hal. 220, cetakan Beirut.
14. At-Tafsīrul Kabīr, karya Imam Fakhrur Razi, juz 27, hal. 166, cetakan Abdurrahman Muhammad, Mesir; juz 7, hal. 405-406.
15. Tafsir Al-Baidhāwi, juz 4, hal 123, cetakan Mushthafa Muhammad, Mesir; juz 5, hal. 53, cetakan Darul Kutub, hal. 642, cetakan Al-‘Utsmaniyah.
16. Tafsir Ibnu Katsir, juz 4, hal. 112.
17. Majma’uz Zawā`id, juz 7, hal. 103; dan juz 9, hal. 168.
18. Fathul Bayān fī Maqāshidil Qurān, karya Shiddiq Hasan Khan, juz 8, hal. 372.
19. Tafsir Al-Qurthubi juz 16 hal. 22.
20. Fathul Qadīrkarya Asy-Syaukani juz 4 hal. 537, cetakan ke 2; juz 2 hal. 22, cetakan pertama, Mesir.
21. Ad-Durrul Mantsūrkarya As-Suyuthi, juz 6, hal. 7.
22. Yanābī’ul Mawaddah,karya Al-Qundusi Al-Hanafi, hal. 106, 194, 261, cetakan Islambul; hal. 123, 229, 311, cetakan Al-Haidariyah.
23. Tafsir An-Nasafi, juz 4, hal. 105.
24. Hilyatul Awliyā`, juz 3, hal. 201.
25. Al-Ghadīr,Al-Amini, juz 2, hal. 306-311.
26. Ihqāqul Haqq,karya At-Tustari, juz 3, hal. 2-22; juz 9, hal. 92-101, cetakan Pertama, Tehran.
27. Fadhā`ilul Khamsah, juz 1, hal. 259.
28. Farā`idus Simthain, juz 1, hal. 20; juz 2, hal. 13, hadis ke 359.
29. Abaqātul Anwārbagian hadis Ats-Tsaqalain, juz 1, hal. 285


Ahlul Bait- Sebuah Penjelasan

Ahlul Bait- Sebuah Penjelasan


QURAN DAN AHLUL BAYT
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Berdasarkan hadis2 mutawattir(yang berkali-kali disebut),
Yang kesahihannya dipersetujui oleh majoriti Muslim,telah disebut kan dengan kerap bahawa Rasulullah akan meninggalkan kepada kita DUA benda yang berharga/berat, dimana jika kita berpegang kepadanya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Benda ini ialah Kitab Allah(al-Quran) dan Ahlul Bayt beliau.(salam keatas mereka).
Di dalam sahih muslim disebutkan-
“Beberapa hari selepas haji terakhir baginda, Rasulullah berhenti untuk memberi khutbah kepada kami di pinggir tempat yang dipanggil Ghadir khum yang terletak diantara Makkah dan Madinah. Beliau memuji Allah dan mengingati Allah, seraya berkata,”Wahai umat ku, bersaksilah! Ku rasakan waktu ku untuku dipanggil telah hampir tiba, dan sungguh,akan ku sahut panggilan itu. Bersaksilah,aku akan meninggalkan pada kamu semua dua benda berharga, yang pertama adalah kitab Allah, yang ada padanya cahaya dan pedoman,yang kedua adalah Ahlul baytku. Dengan nama Allah,aku mengingatkan kamu ttg Ahlul Bayt ku. Dengan nama Allah,aku mengingatkan kamu ttg Ahlul Bayt ku. Dengan nama Allah,aku mengingatkan kamu ttg Ahlul Bayt ku.(3 kali).
Rujukan Ahlul Sunnah wal Jama’ah
1.      Sahih Muslim. Bab Kemulian para Sahabat Seksyen Kemulian Ali. Edisi 1980,terbitan Arab Saudi. Versi Arab. Volume 4, m/s 1873, hadis ke 36.
2.      Lain-lain buku hadis seperti At-Tarmidzi dan Musnad Ahmad.(sila lihat dibawah.
3.      untuk Sahih Muslim versi Inggeris, sila rujuk v4, p1286, Tradition #5920.
Seperti yang dapat kita saksikan diatas, Ahlul Bayt bukan shj diletakkan selepas Quran,malah disebutkan dan ditekankan 3 kali oleh Rasulullah.
Adapun begitu, walaupun hadis ini disebutkan didalam buku-buku hadis sahih,adalah sangat mengecewakan kebanyakan Muslim tidak mengetahuinya malah ada sesetengah menafikannya. Hujah balas mereka adalah hadis yang disebutkan oleh al-hakim didalam Al-mustadrak, dirawikan oleh Abu huraira, yang berbunyi, “ aku meninggalkan kamu 2 benda penting selepas ku,iaitu Al-quran dan Sunnah ku”
Tidak dapat dinafikan mengikut sunnah adalah satu kewajiban untuk semua Muslim. Tetapi yang menjadi persoalaannya adalah yang mana adalah Sunnah yang asli dan yang mana pula adalah sunnah yang dicipta kemudiaannnya dan dipalsukan.
Jika kita mengkaji ttg hadis yang diriwayatkan oleh Abu Huraira ini,kita mendapati,ianya tidak disebutkan oleh mana-mana 6 buku hadis utama Ahlul Sunnah wal Jamaah. Malah Al-bukhari, an-nisa’i dan al-dhahabi dan ramai lagi mengenal pasti hadis ini sebagai lemah kerana isnad nya lemah. Dan walaupun buku al-hakim ini adalah salah satu buku hadis yang penting kepada ahlul sunnah, kedudukannya adalah lebih rendah dari 6 buku hadis utama. Sedangkan Sahih Muslim diletakkan ditempat kedua dari 6 buku hadis ini,malah ada yang meletakkan nya sama dengan Sahih Bukhari.
Al-Tarmidzi melaporkan versi hadis yang menyatakan “Quran dan Ahlul Bayt” dapat dikesan pada lebih dari 30 orang sahabat.Ibnu Hajar al haithami melaporkan dia mengetahui lebih dari 20 orang sahabat melaporkannya dan menyaksikannya. Sementara pula versi “ quran dan sunnah” dari Al-Hakim pula hanya mempunyai 1 sumber. Maka dapatlah disimpulkan yang versi Al-quran dan ahlil bayt adalah lebih benar berbanding yang lain. Tambahan pula Al-Hakim sendiri ada melaporkan Al Quran dan Ahlil bayt ku didalam bukunya Al Mustadrak melalui beberapa rangkaian perawi yang asli berdasarkan kriteria Al bukhari dan muslim.
Seperkara lagi, perkataan “Sunnah” itu jika dengan sendirinya bukanlah satu sumber ilmu. Jika kita lihat, semua Muslim tidak kira apa mazhab akan berkata mereka mengikut Sunnah Nabi. Perbezaan diantara Muslim adalah disebabkan oleh Hadis yang dirawikan ditempat, keadaan dan masa yang berbeza. Hadis-hadis ini berfungsi sebagai penerangan kepada ayat-ayat quran yang kesahihannya(quran itu) disepakati oleh semua. Namun disebabkan perbezaan dalam merawikan hadith2 ini telah menyebabkan perbezaan kepada tafsiran Al-Quran dan Sunnah nabi,juga menyebabkan timbulnya berbagai-bagai “Sunnah nabi”. Hasilnya kaum Muslim terpecah kepada berbagai-bagai mazhab dan kumpulan,ada yang mengatakan sehingga 73 golongan sekarang ini. Semua mereka mengikuti versi Sunnah mereka masing2,dan mengatakan sunnah mereka adalah yang benar dan yang betul. Jadi yang mana satukah Sunnah yang betul. Dari 73 golongan ini yang manakah yang betul dan akan berjaya? Selain Sahih Muslim,Hadis2 ini akan memberikan jawapan kepada soalan ini.
“ Rasulullah bersabda “aku tinggalkan pada kamu dua perkara penting iaitu Alquran dan Ahlul Baytku,yang mana jika kamu mengikutinya,tidak akan sesat selamanya. Allah yang Maha pemurah telah memberitahu ku yang keduanya tidak akan berpisah sehingga mereka sampai padaku di Kausar.(kolam nabi di Jannah)”
Rujukan Sunni:
(1) Sahih al-Tirmidhi, v5, ms 662-663,328, dilaporkan lebih dari 30 sahabat, melalui beberapa perawi.
(2) al-Mustadrak, al-Hakim, Bab memahami kemuliaan para sahabat
Beliau menulis yang hadis ini sahih berdasarkan Kriteria Kedua Syaikh.(Bukhari dan Muslim)).
(3) Sunan, dari Daarami, v2, p432
(4) Musnad, dari Ahmad Ibn Hanbal, v3, pp 14,17,26,59, v4, pp 366,370-372,
v5, pp 182,189,350,366,419
(5) Fadha’il al-Sahaba, dari Ahmad Ibn Hanbal, v2, p585, Tradition #990
(6) al-Khasa’is, dari al-Nisa’i, pp 21,30
(7) al-Sawa’iq al-Muhriqah, dari Ibn Hajar Haythami, Ch. 11, section 1, p230
(8) al-Kabir, al-Tabarani, v3, pp 62-63,137
(9) Kanz al-Ummal, al-Muttaqi al-Hindi, Bab al-Iti’sam bi Habl
Allah, v1, p44.
(10) Tafsir Ibn Kathir v4, p113, Di bawaha tafsiran ayat 42:23(4 hadis)
(11) al-Tabaqat al-Kubra, dari Ibn Sa’d, v2, p194, terbitan Dar Isadder,
Lebanon.
(12) al-Jami’ al-Saghir, al-Suyuti, v1, p353, dan v2
(13) Majma’ al-Zawa’id, al-Haythami, v9, p163
(14) al-Fateh al-Kabir, al-Binhani, v1, p451
(15) Usdul Ghabah fi Ma’rifat al-Sahaba, Ibn al-Athir, v2, p12
(16) Jami’ al-Usul, Ibn al-Athir, v1, p187
(17) History of Ibn Asakir, v5, p436
(18) al-Taj al-Jami’ Lil Usul, v3, p308
(19) al-Durr al-Manthoor, al-Hafidh al-Suyuti, v2, p60
(20) Yanabi al-Mawaddah, al-Qundoozi al-Hanafi, pp 38,183
(21) Abaqat al-Anwar, v1, p16
Sudah tentu, setiap Muslim perlu mengikuti Sunnah Rasulullah, dan kami, pengikut Ahlil Bayt, mengikut sunnah yang asli yang diambil dari para Ahlul Bayt dan menganggap ia satu-satunya jalan kearah keselamatan. Tetapi Hadis diatas membuktikan dan menjelaskan lagi bahawa mana2 hadith yang bercanggah dengan Ahlul Bayt,adalah palsu dan telah diada-adakan selepas zaman Nabi oleh orang-orang tertentu yang menyokong pemerintahan kuku besi. Oleh kerana inilah Rasulullah begitu menekankan kita menyayangi dan mengikuti ajaran Ahlul Bayt beliau, kerana pada mereka lah yang membawa Sunnah Rasulullah yang asli. Dan inilah yang menjadi asas dalam mazhab Ahlil Bayt. Ahlul bayt rasulullah yang dibesarkan oleh Rasulullah melalui didikannya, mengetahui tentang sunnah sejati lebih dari mana2 sahabat. Seperti kata pepatah, sudah tentu empunya rumah lebih mengetahui tentang dalam rumahnya dari orang lain.
Mari bersama kita mendalami hadis-hadis ini.:-
Diriwayatkan dari Umm Salamah- Rasulullah bersabda “Ali itu bersama Quran dan Quran itu bersama Ali. Keduanya tidak akan terpisah sehingga mereka sampai ke telaga Kautsar.”
Rujukan Sunni:
1.      al-Mustadrak, al-Hakim, v3, p124 diriwayatkan oleh Umm Salamah
2.      al-Sawa’iq al-Muhriqah, by Ibn Hajar, bab section 2, pp 191,194
3.      al-Awsat, by al-Tabarani;
4.      Tarikh al-Khulafaa, by Jalaluddin al-Suyuti, p173
Juga dari rujukan yang sama,Al Hakim juga menyatakan:
“Bersaksilah, Ahlil Bayt ku ini adalah seperti Kapal Nabi Nuh, barangsiapa yang menaikinya akan selamat, barangsiapa yang meninggalkannya, akan binasa.”
Dan berbagai lagi hadis yang menekankan kepentingan Ahlil bayt oleh Rasulullah. Pernahkah kita memikirkan mengapa rasulullah menekankan tentang kepentingan mereka? Adakah hanya kerana mereka ini ahli keluarga beliau? Atau kerana mereka ini adalah pewaris ilmu baginda,kesinambungan, pembawa sunnah beliau yang asli,suci dari bida’ah dan pelindung ajaran Islan yang sebenar.
Kesimpulannya, Al-Quran dan Ahlil Bayt nya adalah dua perkara penting yang telah ditinggalkan oleh rasulullah kepada kita. Dan beliau juga berkata, barangsiapa yang mengikuti kedua-duanya,tidak akan tersesat selama-lamanya, dan mereka menuju syurga. Tetapi barang siapa yang meninggalkan ajaran dan sunnah yang dibawa mereka,tidak akan selamat. Hadis-hadis diatas, telah diucapkan oleh rasulullah agar umatnya tahu, Sunnah mana yang asli dan palsu. Tujuannya agar umatnya tahu arah tujuan mana yang harus diambil oleh umatnya selepas pemergiannya..
KENAPA MAZHAB AHLUL BAYT?
Tujuan artikel ini adalah untuk menunjukkan bahawa pandangan Shiah tentang kepimpinan dan ketaatan kepada Ahlul Bayt tidak datang sendiri,atau tidak dibuat2. Dengan cara ini, adalah diharapkan dapat menambahkan persefahaman diantara kaum muslimin dan seterusnya mengurangkan permusuhan diantara kita.
Kami juga ingin membuat kenyataan bahawa,tujuan kami mengikuti mazhab ini yang lain dari mazhab ash’ari dari segi kepercayaan asas, dan juga yang lain dari 4 mazhab utama dari segi undang2, perlaksanaan dan hukum-hukum fiqah, bukanlah kerana sifat perkauman,atau sifat assabiyah(berpuak-puak) atau juga sifat prejudis dan buruk sangka terhadap saudara-saudara sunni kami. Kami bertaqlid kepada mazhab ini,kerana ia adalah tanggungjawab kami,amanah dari Rasulullah, dan dari segi kewarasan yang membawa kami mengikuti Imam-imam ahlul bayt Rasulullah (selawat padanya dan keluarga).
Jadi kami,secara keseluruhannya, ‘mengikat’ diri kami pada mereka,dari segi ilmu AlQuran yang maksudnya ada yang nyata dan tersembunyi,Ilmu Hadis yang mereka rawikan,Sunnah asli Rasulullah, serta menjadikan mereka sebagai contoh ikutan kerana mereka adalah pewaris Rasulullah(bukan bermaksud mereka adalah nabi atau rasul,tetapi penyambung warisan dari apa yang dibawa Rasulullah,tanpa sebarang tambahan bida’ah,dalam keadaan asli dan suci). Dan kami lakukan semua ini kerana ini adalah Sunnah Rasulullah.
Jika kami tidak yakin dengan segala bukti,agar kami tidak mengikuti Imam lain melainkan Imam Ahlul Bayt, mengikuti ajaran mereka,mendekatkan diri pada Allah hanya melalui mereka(mendekatkan diri,mengabdikan diri pada allah bermaksud beribadah), maka sudah tentu kami akan mengikuti mazhab-mazhab majoriti dari saudara-saudara kami yang lain. Malang sekali,sebab-sebab yang begitu kukuh, membuatkan kami ‘terpaksa’ mengikuti kebenaran tidak kira didalam apa sahaja keadaan.
Majoriti Muslim hari ini tidak dapat mengeluarkan sebarang bukti atau hujah untuk membuktikan yang mana satu dari 4 Imam mereka adalah yang terbaik, atau ajaran mazhab mana yang lebih dekat kepada Islam,yang benar,yang mampu mendekatkan diri kita kepada Allah.Adalah mustahil untuk mengikuti kesemua mereka. Oleh itu, jika ada seseorang memberitahu kita,yang kita wajib mengikuti mereka, maka mereka perlu membuktikan siapa yang harus kita ikut. Kami telah mendalami hujah-hujah dari Hanafi,Syafi’I,Hanbali dan Maliki dari mata seorang pencari kebenaran,tetapi tiada sebarang jawapan diperolehi, kecuali hanya jawapan2 yang cuma mengatakan mereka semua adalah fuqaha yang bagus,orang-orang yang jujur dan adil. Walaubagaimanapun,sudah tentu kita semua tahu bahawa sifat jujur,amanah dan adil tidak dimonopoli oleh mereka sahaja, jadi bagaimana kita boleh memberikan hujah bahawa hanya 4 orang Imam ini sahaja yang wajib diikuti? Adakah tidak ada lagi para fuqaha lain yang mempunyai sifat jujur,amanah dan adil? Adakah didalam sejarah Islam,kita hanya mampu menghasilkan cuma 4 orang Imam yang jujur,amanah dan adil,dan menghadkan kita untuk bertaqlid hanya kepada 4 mereka? Sudah tentu tidak.
Kami merasakan tidak ada orang yang boleh berpegang,atau memandang 4 Imam ini lebih dari Imam-Imam Ahlul Bayt, keturunan Rasulullah yang suci, Yang telah diibaratkan oleh Rasululah dalam hadis nya sebagai Kapal Nabi Noh, Pintu kearah taubat, dan daripada mereka kita mendapat perlindungan dari perbezaan dalam hal-hal agama seperti yang terjadi hari ini. Mereka lah pemimpin kita kearah kebenaran selepas Nabi.
Tapi akhirnya, selepas wafatnya Rasul yang kita sayangi,politik mula mengambil alih peranan di dalam agama. Di dalam waktu ujian yang getir itu, Shiah terus berpegang kuat kepada dua perkara berat yang telah Rasulullah tinggalkan kepada umatnya, iaitu Al-Quran dan Ahlil bayt nya . Dan didalam tempoh waktu ini, telah wujud pada waktu2 tertentu puak pelampau(al-ghulat) di dalam kumpulan shiah ini yang sedikit sebanyak telah merosakkan nama Shiah,tetapi badan utama Shiah tidak pernah menyimpang dari jalan asal, yang utama, dari zaman Imam Ali dan Fatimah(salam keatas mereka) hingga sekarang.
Shi’ah telah wujud walaupun ketika Ash’ari dan Imam2 sunni yang lain masih belum dilahirkan. Dalam tempoh waktu 3 generasi selepas Rasulullah wafat, nama2 imam ini tidak langsung didengari atau dikenali. Ash’ari dilahirkan 270 tahun selepas hijrah(SH) dan meninggal pada 320 SH, Imam Malik pula dilahirkan 95SH dan wafat pada 169SH. Imam Abu Hanifah dilahirkan 80SH dan wafat pada 150SH, Imam ibnu Hanbal dilahirkan 164SH dan wafat pada 241SH, dan Imam Syafi’I pula dilahirkan pada 150SH dan wafat pada 204SH. Pengikut shia’h pula pada zaman itu mengikut ajaran dan jalan AHLUL BAYT, yang merangkumi Imam Ali, Fatima, Imam Hasan dan Imam Hussein,,yang semuanya adalah pewaris nabi dan dibesarkan dan dididik didalam rumah Baginda.
Jika kita melihat Ilmu yang dimiliki oleh Imam-Imam Ahlul Bayt, cukup lah sekadar kita mengambil contoh Imam Ja’afar as-Siddiq(Imam ke 6), adalah guru kepada dua Imam Sunni iaitu Abu Hanifa al Nu’man dan Malik ibn Anas. Abu Hanifa sendiri pernah berkata “jikalau tidak kerana dua tahun ini,nu’man akan kelaparan” merujuk kepada ketika dia menuntut kepada Imam Ja’far as-siddiq dalam masa 2 tahun itu. Imam Malik sendiri berterus terang mengatakan dia tidak pernah berjumpa dengan mana2 orang yang lebih mengetahui tentang undang-undang Islam lebih dari Imam As-siddiq.
Pemerintah Abbasiyah, Khalifah al-Mansoor,pernah mengarahkan Imam Abu Hanifah menyediakan beberapa soalan-soalan sulit untuk diajukan kepada Imam As-Siddiq. Jadi abu hanifa menyediakan 40 soalan sukar untuk diajukan pada beliau. Imam Ja’afar bukan sahaja dapat menjawab soalan itu, malah turut menyatakan selain pendapat beliau, pendapat-pendapat ulama-ulama Hijaz dan Iraq. Imam Abu hanifa memberi komennya mengenai perkara ini dengan berkata:
“Tidak dapat dinafikan lagi, orang yang paling berilmu itu, adalah orang yang mengetahui pendapat-pendapat yang berbeza”.*
*Rujukan- Shaikh Muhammad Abu Zahrah di dalam bukunya “al-Imam al-Sadiq”, p27
Imam Hanifa juga mengungkapkan perasaannya ketika masuk kedalam Istana Al-mansoor dan mendapti Imam Ja’afar duduk disebelahnya, dengan berkata “ Ketika aku melihat Imam ja’afar, aku rasakan sifat-sifatnya melayakkan dia mendapat lebih kehormatan dari Khalifah itu sendiri, akan tetapi Khalifah adalah pemimpin dunia Islam dan Imam Ja’afar hanyalah rakyat biasa.
Imam Malik pula berkata “aku selalu pergi untuk berjumpa Ja’afar ibnu Muhammad, dan setiap kali aku berjumpanya, aku dapati dia selalu berpuasa, bersolat dan membaca Al-Quran. Setiap kali dia melaporkan sesuatu hadith dari Rasulullah,dia sentiasa dalam keadaan berwudhuk, dia adalah seorang hamba tuhan yang berbeza dari hamba-hamba yang lain, tidak langsung mementingkan keduniaan. Dia adalah orang yang tergolong dari Orang-orang yang takutkan Allah.”
*Rujukan- Shaikh Muhammad Abu Zahrah di dalam bukunya “al-Imam al-Sadiq”, p66
Para ilmuan-ilmuan Sunni tidak pernah bersependapat dalam mana2 hal agama lebih dari bagaimana mereka semua bersetuju tentang ketinggian ilmu para Imam Ahlul Bayt. Malah ramai Ulama-ulama besar Sunni mengiktiraf Mazhab Shiah sebagai lebih dekat kepada Islam, kerana diambil dari Imam Ahlul bayt yang suci. Antaranya ialah sheikh Mahmood Shaltoot, Ketua Mufti Al-Azhar dan juga Ketua Universiti itu. Beliau juga telah mengeluarkan fatwa bahawa Mazhab Shiah Imami adalah satu mazhab yang sahih dan boleh diikuti. Perbezaan pendapat antara Sunni dan Shiah boleh di hapuskan jika lebih banyak dialog diadakan, dan penulisan buku dari kedua-dua belah pihak,tanpa sebarang prejudis. Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang mahu hidup dan matinya seperti ku, dan memasuki Syurga yang telah dijanjikan pada ku, hendaklah dia mengiktiraf Ali sebagai penjaga nya selepas ku, dan selepas Ali, hendaklah mengiktiraf anak-anak Ali, kerana mereka tidak akan membiarkan kamu di luar pintu petunjuk, dan tidak pula mereka akan membiarkan kamu memasuki pintu kesesatan.”
Kanz al-Ummal, by al-Muttaqi al-Hindi, v6, p155, Hadis #2578
Rasulullah juga bersabda “Anggaplah Ahlul Bayt ku itu seperti kepala dari badannya, atau mata dari mukanya, sesungguhnya,muka itu hanya ditunjuki oleh matanya”
SIAPAKAH AHLUL BAYT
Mengikut Al-Quran dan Hadis, serta persefahaman antara semua Muslim, Ahlil Bayt adalah warisan dari nabi selain Al-quran. Adalah betul bagi kita untuk mengikuti ajaran mereka, serta contoh yang ditunjukkan mereka. Oleh itu, mengetahui siapa itu Ahlul Bayt adalah sangat penting.
Maka adalah tidak memeranjatkan apabila pandangan Shiah tentang siapakah yang dikatakan sebagai Ahlul Bayt adalah berbeza dengan sesetengah pendapat dari pihak Sunni. Kebanyakan Sunni berpendapat bahawa, yang dikatakan sebgai Ahlul Bayt itu adalah :
1.      Fatimah Az-Zahra
2.      Ali ibnu Abi Thalib
3.      Hassan ibnu Ali
4.      Hussein ibnu Ali
5.      isteri-isteri Rasulullah
Sesetengah golongan Sunni yang lain berpendapat dan sungguh ‘dermawan’,dengan mengatakan bahawa semua keturunan Nabi adalah termasuk dalam Ahlul-Bayt,ini termasuk semua keturunan Abbas(bapa saudara),keturunan dari Aqil dan Ja’afar( abang dan adik Imam Ali). Walaubagaimanapun perlu dinyatakan,terdapat beberapa ulama-ulama utama Sunni yang berpendapat isteri-isteri nabi tidak termasuk didalam Ahlul Bayt. Ini adalah bersamaan dengan pendapat Shiah.
Mengikut pendapat Shiah, Yang dikatakan sebagai Ahlul Bayt itu ialah:
·         Ali bin Abi Thalib
·         Fatimah Az-Zahra
·         Hassan
·         Hussein
·         Dan 9 keturunan dari Al Hussein.
Dan termasuk Rasulullah sendiri menjadikan jumlah Ahlul bayt adalah seramai 14 orang. Ketika Rasulullah masih hidup, hanya 5 orang sahaja yang telah wujud sementara yang selebihnya masih belum dilahirkan. Shiah juga turut menekankan bahawa Ahlul Bayt ini dilindungi Allah dari kesalahan dan segala kekotoran, yang membuatkan mereka layak untuk dipatuhi selepas Al Quran. Dan hanya merekalah yang mempunyai ilmu yang menyeluruh, serta kefahaman seratus peratus tentang maksud terserlah dan terselindung didalam Al-Quran.
Di dalam perbincangan ini, kita akan membincangkan perkara ini dari 3 sudut perspektif iaitu:
1.      Al-Quran
2.      Hadis dari sumber Sunni
3.      Kejadian-kejadian sejarah.
Perspektif dari Al Quran
Kitabullah yang suci menyebutkan tentang Ahlul Bayt dan sifat mulia mereka di dalam ayat yang diberi nama Ayat Penyucian atau dalam arab, Ayat al Tat’hir, seperti berikut:
“Allah hanya mengkehendaki, supaya dia menghilangkan segala kekotoran (dosa) dari kamu wahai Ahlil Bayt. Dan menyucikan kamu dengan sebersih-bersih penyucian” 33:33(surah Al Ahzab)
“Innama yuridullahu liyuzhiba ‘ankumurrijsa Ahlal bayt way u thahirukum thathira.”
Sila perhatikan perkataan “rijs” di dalam ayat ini mengandungi sebutan ‘al’ di hadapannya, yang menjadikan maksudnya menjadi umum. Jadi perkataan “al-rijs” bermaksud “segala jenis kekotoran”. Dan didalam ayat ini juga Allah menyebutkan “menyucikan kamu dengan sebersih-bersih penyucian”, sebersih-bersih ini datang dari penekanan perkataan thathira. Hanya disini sahaja dari Al Quran Allah menggunakan perkataan ini.
Mengikut ayat diatas, Allah swt telah menyatakan hasratnya untuk mengekalkan Ahlil Bayt dalam keadaan suci dan tanpa dosa. (maksum). Dan apa sahaja yang Allah swt hasratkan, pasti menjadi kenyataan, seperti yang disebutkan didalam Al-Quran dalam Surah An-Nahl.
“Hanya perkataan kami kepada sesuatu, apabila kami kehendaki, bahwa kami katakan kepadanya, Jadilah engkau,maka jadilah ia” 16:40
Sesungguhnya seorang manusia itu boleh hidup tanpa dosa, kerana tiada paksaan untuk dia melakukan dosa. Manusia mempunyai pilihan samada untuk mengikut jalan Allah dan mengelakkan dosa atau untuk membelakangkan suruhan Allah dan melakukan dosa. Allah adalah penasihat, pemberi galakan, dan pemberi amaran. Seorang manusia yang maksum adalah masih lagi seorang manusia,itu tidak kita nafikan. Sesetengah orang mengatakan setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tapi kenyataan ini tidak berasas. Seorang manusia itu boleh melakukan kesilapan,tetapi dia mempunyai pilihan untuk tidak melakukannya.
Sifat pemurah,penyayang Allah yang menarik hamba-hambanya kearahnya tanpa sebarang paksaan. Maka terpulang lah pada kita untuk mengikut tarikan ini,dan mengelak dari melakukan dosa atau menjauhi tarikan ini dan melakukan dosa. Allah telah menjamin untuk menunjukkan jalan kebenaran bagi siapa yang mencarinya. Firman Allah:
“Barangsiapa yang melakukan kebaikan, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman.nescaya kami hidupkan dia dalam satu kehidupan yang baik dan kami balasi mereka dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”
Adalah perlu untuk kita nyatakan disini, bahawa ayatul thathira ini diletakkan selepas ayat-ayat yang ditujukan kepada isteri2 Rasulullah, jadi tidak hairanlah jika ramai Sunni mengatakan isteri-isteri Rasulullah juga adalah termasuk didalam Ahlil Bayt. Walaupun begitu, ayat yang ditujukan kepada Ahlil Bayt ini adalah berbeza dari ayat sebelum dan selepasnya dengan satu kelainan yang nyata. Ayat sebelum dan selepas hanya menggunakan perkataan-perkataan yang ditujukan kepada perempuan sahaja, yang menunjukkan dengan jelas bahawa ayat2 sebelum dan selepas ditujukan kepada isteri nabi. Walaubagaimanapun, Ayat al thathira ini hanya menggunakan perkataan bersifat maskulin,yang menunjukkan dengan jelas,bahawa ayat ini telah ditujukan kepada orang yang lain.
Orang-orang yang mendalami al Quran sehingga ke suatu tahap, mengetahui bahawa perkara ini,iaitu penukaran kepada siapa sesuatu ayat itu diturunkan dengan cara mendadak adalah perkara biasa didalam Al Quran. Contohnya seperti di dalam ayat ini:
“Yusuf! Tinggalkanlah persoalan ini! Wahai isteri Aziz (Zulaika) mintalah ampun atas dosa mu, sesungguhnya kau orang-orang yang berdosa”12:29
Dalam ayat diatas “wahai isteri aziz” dengan jelas tidak ditujukan kepada Yusuf, tapi jika kita lihat,pertukaran dari ayat maskulin yang jelas ditujukan kepada Yusuf telah bertukar kepada perkataan kewanitaan yang jelas telah tidak lagi ditujukan kepada Yusuf, tetapi isteri Aziz. Kita dapati kedua-dua ini terdapat didalam satu ayat. Dan jika kita lihat ayat sebelum dan selepas nya, bagaimana pertukaran mendadak dari isteri aziz kepada Yusuf dan kembali sekali lagi kepada isteri Aziz berlaku.
Didalam bahasa Arab, jika sekumpulan wanita ditujukan, maka jantina keperempuanan akan digunakan dalam ayat itu. Bagaimanapun jika hanya terdapat seorang sahaja lelaki didalam kumpulan wanita itu, jantina kelelakian akan digunakan. Jelas didalam ayat al Thathira, jantina kelelakian digunakan menunjukkan terdapat beberapa orang lelaki didalam kumpulan itu, dan ditujukan kepada selain dari isteri-isteri nabi.
Dari ayat 33.33 sahaja, kita tidak akan dapat menyimpulkan bahawa isteri2 nabi tidak termasuk didalam Ahlul Bayt. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan malalui Hadis2 sahih dari Sihah Sittah Sunni, yang dimana Rasulullah telah dengan terang dan jelas menyebut siapa Ahlil Bayt. Dan dengan membandingkan sifat-sifat Ahlil bayt yang telah Allah ceritakan dengan sifat isteri2 Rasulullah didalam Sihah Sittah untuk menunjukkan percanggahan.
Perspektif dari hadis sahih
Adalah agak menarik untuk diperkatakan didalam Sahih Muslim dan Sahih Al-Tarmizi dan berbagai lagi Sahih yang lain bersamaan dengan pandangan Shiah. Di bawah bab sifat mulia para sahabat, dan bab kecil sifat mulia Ahlil Bayt, Sahih muslim menyebut:
Dirawayatkan dari Aisyah.: Pada suatu hari,Rasulullah keluar pada waktu petang dengan memakai kain jubah hitam. Kemudian al-Hassan datang, maka Rasulullah memasukkan dia dibawah jubah nya, kemudia datang al-hussein, maka Rasulullah pun memasukkan dia dibawah jubahnya, kemudian datang Fatimah,maka Rasulullah pun memasukkan dia kebawah jubahnya, kemudian datang Ali lalu Rasulullah pun memasukkan dia dibawah jubahnya lalu Rasuluulah membaca : “Allah hanya mengkehendaki, supaya dia menghilangkan segala kekotoran (dosa) dari kamu wahai Ahlil Bayt. Dan menyucikan kamu dengan sebersih-bersih penyucian” 33:33(surah Al Ahzab).
Rujukan Sunni- Sahih Muslim, Bab kemuliaan para sahabat, seksyen kemuliaan Ahlyl Bayt rasulullah, Edisi 1980, terbitan Arab Saudi.ms 1883
Dari pada hadis diatas, dapat kita fahami(Hadis ini diberi nama Hadis al-Kisaa)
1.      Ahlil bayt itu terdiri daripada Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein
2.      Ayat Thathira adalah diturunkan untuk memuliakan orang-orang yang disebutkan di atas,bukan Isteri isteri nabi.
Imam Muslim tidak meletakkan apa-apa lagi hadis dibawah Bab ini. Jika dia mempercayai bahawa isteri-isteri nabi juga adalah sebahagian dari Ahlil Bayt, maka pasti dia akan meriwayatkan hadis berkaitan di bawah bab ini.
Agak menarik juga bila kita perhatikan bahawa hadis ini datang dari Aisha sendiri, isteri nabi, dan dia sendiri menerangkan bahawa Ahlil bayt itu adalah orang2 yang disebutkan di atas.
Versi lain hadis al-kisaa diriwayatkan oleh Al-Tarmizi di dalam sahih nya, yang diriwayatkan oleh Umar ibn Abi Salama, anak kepada Umm Salama, isteri nabi, yang berbunyi:
Ayat “Allah hanya mengkehendaki…(33:33)” telah di wahyukan di rumah Umm Salama. Bersamaan dengan itu, Rasulullah mengumpulkan Ali, Fatima, Hassan dan Hussein, lalu menutupi mereka dengan jubahnya. Kemudian rasulullah bersabda “ Ya Allah, mereka ini adalah Ahli Rumah ku(Ahlil Bayt), jauhi mereka dari segala kekotoran, dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersih penyucian.” Kemudian Umm Salama bertanya “ adakah aku juga termasuk dikalangan mereka ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Duduklah ditempat mu, dan kamu menuju satu pengakhiran yang baik”
Rujukan Sunni: Sahih Al- Tarmizi, volume 5,ms 351, 663
Hadis diatas telah menguatkan lagi hujah tentang siapa Ahlul Bayt itu. Didalam Al- Mustadrak, ada sedikit pertambahan dalam ayat akhir hadis diatas,ia berbunyi :
Umm Salama Bertanya “Ya rasulullah, adakah aku juga sebahagian dari mereka?” Rasulullah menjawab “Kamu mempunyai masa depan yang bagus,tetapi,hanya mereka ini adalah Ahlul Bayt ku. Ya Allah!! Hanya Ahlul Bayt ku lebih layak” al-Mustadrak, al-Hakim, v2, p416
Selain dari sumber diatas, sumber-sumber hadis lain yang meriwayat Hadis Al Kisaa adalah seperti berikut:
(3) Musnad Ahmad Ibn Hanbal, v6, pp 323,292,298; v1, pp 330-331; v3, p252;
v4, p107 dari Abu Sa’id al-Khudri
(4) Fadha’il al-Sahaba, dari Ahmad Ibn Hanbal, v2, p578, Hadis #978
(5) al-Mustadrak, dari al-Hakim, v2, p416 (dua hadis) from Ibn Abi
Salama, v3, pp 146-148 (5 hadis), pp 158,172
(6) al-Khasa’is, dari an-Nisa’i, pp 4,8
(7) al-Sunan, dari al-Bayhaqi, diriwayatkan dari Aisha and Umm Salama
(8) Tafsir al-Kabir, dari al-Bukhari (the author of Sahih), v1, part 2, p69
(9) Tafsir al-Kabir, dari Fakhr al-Razi, v2, p700 (Istanbul), diriwayatkan Aisha
(10) Tafsir al-Durr al-Manthoor, by al-Suyuti, v5, pp 198,605 dai Aisha
dan Umm Salama
(11) Tafsir Ibn Jarir al-Tabari, v22, pp 5-8
(12) Tafsir al-Qurtubi
(13) Tafsir Ibn Kathir, v3, p485
(14) Usdul Ghabah, dari Ibn al-Athir, v2, p12; v4, p79 diriwayatkan Ibn Abi         
Salama
(15) Sawa’iq al-Muhriqah, dari Ibn Hajar al-Haythami, Ch. 11, sec. 1, p221
dari Umm Salama
(16) Tarikh, dr al-Khateeb Baghdadi, v10,
(17) Tafsir al-Kashshaf,dr al-Zamakhshari, v1, p193
(18) Mushkil al-Athar, dr al-Tahawi, v1, pp 332-336
(19) Dhakha’ir al-Uqba, dr Muhibb al-Tabari, pp21-26
(20) Majma’ al-Zawa’id, dr al-Haythami, v9, p166
Kenyataan isteri-isteri nabi membuatkan kita tidak tidak dapat menafikan bahawa Ahlul Bayt tidak temasuk isteri nabi.
Walaupun kami Shiah mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi kepada isteri-isteri nabi yang mengikut perintahnya samada ketika baginda masih hidup atau mati, tapi diatas hadis2 sahih Sunni dan Shia, dengan jelas mereka bukan lah sebahagian dari Ahlul Bayt. Ahlul Bayt mempunyai sifat-sifat yang mulia yang tidak akan dimiliki oleh sesiapa pun selepas rasulullah, seperti yang disebut di dalam Quran, yaitu Maksum, tanpa kesalahan dan suci.
Siapakah Ahlul Bayt bhg 2
Didalam bahagian sebelum ini,kita telah melihat Ahlul Bayt dari perspektif Quran, Hadis sahih yang diriwayatkan oleh isteri2 nabi sendiri yang mengatakan bahawa Ahlul Bayt itu hanya terdiri dari org2 tertentu,dan isteri nabi tidak termasuk didalamnya. Sekarang mari kita lihat amalan yang selalu dilakukan rasulullah selepas Ayat Thathira ini diturunkan.
Selepas ayat itu diturunkan telah menjadi amalan Rasulullah untuk beberapa bulan seterusnya sebelum solat, baginda akan membacakan ayat ini di hadapan rumah mereka, untuk menunjukkan kepada semua siapa Ahlul bayt ini sebenarnya.Anas Bin Malik meriwayatkan:
Rasulullah sejak dari turunnya wahyu “Allah hanya mengkehendaki…” sehingga 6 bulan selepasnya akan berdiri dihadapan pintu rumah Fatimah lalu berkata “Masa untuk solat wahai Ahlil Bayt!! Tidak syak lagi, Allah ingin membuang segala kebatilan dari kamu dan menjadikan kamu suci dan tanpa noda.”
Rujukan Sunni:
- Sahih al-Tirmidhi, v12, p85
- Musnad Ahmad Ibn Hanbal, v3, p258
- Mustadrak, al-Hakim, v3, p158 yang menulis bahawa hadis ini adalah sahih berdasarkan criteria Bukhari dan Muslim.
- Tafsir al-Durr al-Manthoor, al-Suyuti, v5, pp 197,199
- Tafsir Ibn Jarir al-Tabari, v22, pp 5,6 (mengatakan selama 7 bulan)
- Tafsir Ibn Kathir, v3, p483
- Musnad, al-Tiyalasi, v8, p274
- Usdul Ghabah, Ibn al-Athir, v5, p146
Didalam Majma’ al Zawa’id, dan Tafsir Suyuti, telah diriwayatkan dari Abu Sa’id al Khudri, berbunyi:
Selama 40 hari Rasulullah pergi ke rumah Fatimah pada waktu pagi lalu berkata “Assalamu’alaika ya Ahlul Bayt, sudah tiba masa solat. Dan selepas itu beliau akan membaca “Allah hanya mengkehendaki…” Aku akan berada dalam keadaan berperang dengan sesiapa yang memerangi kamu. Dan aku akan berada dalam keadaan berdamai dengan sesiapa yang mengikuti kamu.”
Baginda selalu mengulangi ucapan-ucapan seperti diatas secara terbuka setiap kali selepas solat untuk menunjukkan maksud ayat ini secara maknanya kepada pengikut-pengikutnya. Hadis untuk menerangkan siapa dia Ahlul Bayt juga dapat kita perhatikan dari kejadian Muhabala.
Insiden Mubahala
Disini ingin saya memberi satu lagi bukti dari Sahih Muslim dan at Tarmizi untuk menerangkan lagi mengapa isteri2 Rasulullah tidak termasuk didalam Ahlul Bayt, dan juga sebab2 kelebihan Ali untuk posisi sebagai Khalifah selepas Nabi. Insiden ini adalah berkaitan dengan peristiwa Mubahala, yang terjadi pada tahun 9-10 Hijrah. Didalam tahun itu, satu delegasi dari Najran yang terdiri dari 14 orang Nasrani telah datang untuk berjumpa Nabi. Mereka bertanya mengenai pendapat nabi tentang Isa. Rasulullah bersabda, “Berehatlah dahulu untuk hari ini dan kamu akan mendapat jawapan pada esoknya.” Pada keesokan harinya, 3 ayat Quran telah diturunkan(3:59-61) mengenai Isa. Dan apabila mereka membangkang ayat2 yang diturunkan oleh Allah itu, Nabi membaca ayat terakhir dari wahyu yang baru diturunkan itu.:
Barangsiapa yang membantah engkau tentang kebenaran itu, sesudah datang kepada engkau ilmu pengetahuan, maka katakanlah(kepadanya) : Marilah kamu, kami panggil anak2 kami dan anak2 mu, perempuan2 kami dan perempuan mu dan diri kami dan diri mu, kemudian kita bersungguh2 berdoa, lalu kita jadikan laknat Allah pada orang yang dusta.(3:61)
Dengan cara ini, Nabi mencabar pihak Nasrani. Pada hari berikutnya, para paderi Nasrani keluar ke satu sudut lapangan, dan dari sudut yang lain,Nabi keluar dari rumahnya, mendukung Al Hussain , dan satu tangan lagi memegang Al Hassan. Di belakang baginda ialah Fatimah Az Zahra, dan di belakang Fatimah ialah Ali. Salam keatas mereka semua. Apabila pihak Nasrani melihat 5 jiwa yang suci ini, dan melihat kesungguhan Rasulullah sehingga sanggup mengampil risiko keatas orang yang dekat dengan baginda, maka pihak Nasrani menjadi takut dan mengelak dari laknat Allah, dan melakukan perjanjian dengan Nabi.

Al Suyuti, seorang ilmuan terkenal sunni, menulis: Mengenai ayat diatas(3:61), seperti yang diriwayatkan oleh Jabir Ibnu Abdullah,perkataan ‘anak2 kami’ merujuk kepada Hassan dan Hussain, ‘perempuan kami’ merujuk kepada Fatimah dan ‘diri kami’ merujuk kepada Nabi dan Ali. Jadi Ali di rujuk sebagai sebahagian(nafs) dari Nabi.
Rujukan: al-Durr al-Manthoor by al-Hafidh Jalaluddin al-Suyuti, v2, p38
Seperti mana kita dilarang untuk untuk melebihi Nabi, begitulah juga kita dilarang untuk melebihkan diri kita dari Ali yang dirujuk sebagai sebahagian dari nabi. Muslin dan Tarmizi juga meriwayatkan hadis sahih ini dari buku mereka:
Diriwayatkan dari Sa’ad Ibnu Abi Waqas:…….dan bila ayat 3:61 di wahyukan, Rasulullah memanggil Ali, fatimah, Hassan dan Hussein dan berkata, “Ya Allah,ini adalah Ahli keluarga ku”
Rujukan:
- Sahih Muslim, Bab Kemuliaan para Sahabat, Seksyen Kemuliaan Ali,Edisi 1980, Terbitan Arab Saudi, V4, MS1871
- Sahih al-Tirmidhi, v5, p654
- al-Mustadrak, al-Hakim, v3, p150,
- Dhakha’ir al-Uqba, Muhibbuddin al-Tabari, p25
Demikian telah dibincangkan mengenai Ahlul Bayt, serta kepentingan mereka kepada Ummah.
Wallahu’alam.