Monday, December 22, 2014

Konsep Kenabian


Konsep Kenabian
 Bagaimana Mungkin Kenabian dan Imâmah Diperoleh pada Usia Belia?
Di dalam surat Maryam [19], ayat 12 kita membaca, “Hai Yahya, ambillah al-Kitab [Taurat itu] dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak.”
Berangkat dari ayat ini, soal yang kemudian mengemuka adalah bagaimana mungkin seorang manusia pada masa kecilnya telah mencapai kedudukan kenabian dan kerasulan?
Benar bahwa masa berseminya akal manusia biasanya memiliki batasan dan ukuran khusus. Akan tetapi, kita ketahui bahwa pada segenap manusia, terdapat orang-orang yang memiliki keistimewaan. Apa halangan bagi Allah Swt. -dengan alasan maslahat- menyingkat waktu sebagian hamba-hamba-Nya? Biasanya seseorang memerlukan waktu satu atau dua tahun untuk dapat berbicara. Sementara kita ketahui bahwa Nabi Isa a.s. telah dapat berbicara pada hari pertama kelahirannya ke dunia, itu pun dengan ucapan yang sarat makna yang -menurut kebiasaan umum- sebobot ucapan orang-orang dewasa.
Dari sini akan menjadi jelas bagi sebagian orang yang mempermasalahkan para Imam Syi’ah, yakni mengapa sebagian para imam maksum mencapai kedudukan kepemimpinan (imâmah) pada usia yang masih belia?
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa salah seorang sahabat Imam Al-Jawad bin Ali An-Naqi a.s. yang bernama Ali bin Asbath berkata, “Aku datang menghadap kepada Imam Al-Jawad a.s. (dan pada waktu itu beliau masih belia). Aku tegap berdiri di hadapannya dan memandangnya dengan seksama sehingga aku dapat mencamkan dalam benakku untuk kuceritakan segala apa yang telah terjadi kepada para sahabat sewaktu aku kembali ke Mesir (bahwa Imam al-Jawad a.s. masih belia). Pada saat aku berpikiran demikian, Imam Al-Jawad duduk (seakan-akan beliau dapat membaca seluruh pikiranku). Pandangannya mengarah kepadaku seraya berkata, ‘Wahai Ali bin Asbath! Apa yang telah dilakukan oleh Allah Swt. mengenai imâmah persis dengan apa yang telah dilakukan oleh-Nya mengenai kenabian. Kadang-kadang Ia berfirman, ‘... Kami berikan kepada Yahya ....’ dan kadang pula Dia berfirman tentang manusia, ‘... Tatkala manusia mencapai usia empat puluh tahun (masa baligh sempurna)....’ Oleh karena itu, sebagaimana Allah Swt. mampu memberikan "hikmah" kepada manusia pada masa belianya, demikian juga Ia mampu untuk memberikan "hikmah" kepada manusia pada usia empat puluh tahun.’”[1]
Sementara itu, ayat ini juga merupakan jawaban tegas bagi para pengkritik yang berpendapat bahwa Ali bukanlah pria pertama yang beriman kepada Rasulullah saw., lantaran ketika itu ia adalah seorang bocah kecil yang berusia sepuluh tahun, dan iman bocah sepuluh tahunan tidak dapat diterima.
Poin ini juga layak disebutkan di sini. Dalam sebuah hadis dari Imam Ali bin Musa Ar-Ridha a.s. kita membaca, “Sekelompok anak kecil datang kepada Nabi Yahya a.s. (yang masih kecil) seraya berkata, ‘Ayo kita main bersama!’ Yahya a.s. menjawab: ‘Kita tidak diciptakan untuk bermain.’ Di sini Allah Swt. berfirman, ‘... Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak.[2]
Tentu saja, maksud dari bermain di sini adalah menghabiskan waktu senggang tanpa alasan dan manfaat. Dengan ungkapan lain, sebuah kekonyolan. Karena, terkadang permainan digunakan untuk mencapai sebuah tujuan logis dan rasional. Sangat jelas bahwa permainan seperti ini termasuk pengecualian dalam masalah ini.[3]


Kedudukan ahlulbayt a.s



Kedudukan ahlulbayt a.s

Kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w adalah lebih tinggi dari kedudukan para sahabat

Justeru kedudukan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w adalah lebih tinggi daripada kedudukan sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami Ahlu l-Bait tidak boleh dibandingkan dengan orang lain” (al-Qundizi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 206). Meletakkan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w setaraf dengan sahabat adalah tidak tepat dan bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi s.a.w itu sendiri.

(I). Kerana mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w itu adalah wajib sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Syura (42):23 “Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun kecuali kasih sayang kepada kerabat(ku)” Maksud dengan kerabat (al-Qurba) di dalam ayat itu adalah Ahlu l-Kisa’: Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Ibn Abbas berkata manakala turun ayat, mereka bertanya: Sapakah kerabat yang diwajibkan ke atas kami kasih sayang terhadap mereka? Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, Fatimah dan dua anak lelakinya” (Ibn Kathir, Tafsir, iv, hlm. 122, al-Tabari, Tafsir, xxv, 16, al-Zamakhsyari, Tafsir al-Kasysyaf, iii, 467).

Soalnya (a): Bagaimana saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menunjukkan kasih sayang mereka kepada Fatimah al-Zahra’ sepenuhnya (100%) sedangkan mereka menyokong Abu Bakar dan Umar ketika mereka menyerang rumah Fatimah a.s supaya memberi baiah kepada Abu Bakar, kemudian merampas Fadak daripadanya dan menegah pemberian khumus kepadanya?

(b) Bagaimana saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menunjukkan kasih sayang mereka sepenuhnya (100%) kepada Ali a.s sedangkan mereka menyokong Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah, walaupun Rasulullah s.a.w melantiknya sebagai Khalifah selepasnya sedangkan Ali as menuntut haknya dan adakah Ali a.s berbohong di dalam tuntutannya itu?

(c) Adakah saudara kami Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah merasakan bahawa Fatimah, Ali, Hasan dan Husain a.s telah berbohong ketika mereka menuntut jawatan Khlifah daripada Abu Bakar? Jika mereka berbohong, maka mereka tidak disucikan?

(d) Bagaimana mereka menunjukkan kasih sayang mereka sepenuhnya kepada Husain as ketika beliau diserang dan dibunuh di Karbala’ sedangkan mereka menyokong pembunuh-pembunuhnya? (e) Bagaimana mereka menunjukkan kasih sayang mereka kepada Rasulullah s.a.w sepenuhnya (100%) sedangkan mereka mematuhi Sunnah Abu Bakar, Umar dan Uthman? Soalnya: Adakah cinta dan kebencian boleh bersatu? Jawapannya:

(a). Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Ahzab (33): 4 “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya”
(b). Rasulullah s.a.w bersabda: " Cinta kepada Ali adalah keimanan dan membencinya adalah nifaq” “Kamu cintailah aku kerana kecintaan kamu kepada Allah, cintailah Ahlu Baiti (keluargaku) kerana kamu mencintaiku” (Sunan al-Turmudhi,v/622/3789, Tarikh Baghdad, iv/160, al-Mustadrak, iii/4716, Usd al-Ghabah, ii,/18).
(c). Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib as berkata: Tidak akan berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta musuh kami (hubbu ‘aduwwi-na) di dalam rongga seseorang. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.

Justeru cinta dan kebencian tidak akan bertemu. Adapun pencinta kami (muhibbu-na), maka cintanya bersih sepertilah emas yang dibersihkan dengan api, tanpa sebarang kekotoran padanya. Lantaran itu sesiapa yang ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya. Jika cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami, maka dia bukanlah dari kami, dan kami bukanlah daripadanya. Allah adalah musuh mereka, Jibrail , Mika’il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang ingkar”
(Bihar al-Anwar, 27, hlm. 51, hadis no.1). Ini bererti cinta dan kebencian tidak boleh bersatu.

(d) Ketiga-tiga Khalifah tersebut wajib menunjukkan kasih sayang mereka kepada Fatimah, Hasan Husain dan Ali as sepenuhnya (100%) kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Mereka terikat dengan ayat Mawaddah tersebut. Soalnya: Adakah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah percaya bahawa mereka tidak terikat dengan ayat tersebut?

(II). Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mati kerana mencintai keluarga Muhammad (ali Muhammad), maka dia akan mati sebagai syahid”. “Sesiapa yang mati kerana mencintai kelauarga Muhammad, maka dia akan diampun dosanya” (al-Zamakhsyari, Tafsir Kasysyaf, iv, hlm.220) dan sabdanya: Cintailah Ahlu Baitku kerana kalian mencintaiku” (Sunan al-Turmudhi, v, 622/3789, Tarikh Baghdad, iv, hlm.160). Oleh itu, wajib mencintai Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w kerana mereka adalah manusia yang suci yang dicintai oleh Rasulullah s.a.w.

(III). Rasulullah s.a.w bersabda: “Umpama Ahlu l-Baitku adalah pada kamu adalah seperti bahtera Nuh, siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan tenggelam” (al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm.343, al-Tabrani, al-Ausat, hlm.216). Hadis ini menunjukkan bahawa Khalifah adalah daripada Ahlu l-Bait as yang mana ketuanya adalah nabi s.a.w dan ketika wafat, baginda berjanji kepada Ahlu l-Baitnya supaya memudinya. Anak lelaki nabi Nuh as tidak berjaya kerana dia tidak bersama bahtera bapanya.

Nuh a.s telah menyeru anak lelakinya supaya menaiki bahtera bersamanya surah Hud (11):42 “Wahai anakku! Naiklah (ke bahtera) bersama kami dan janganlah engkau bersama orang yang kafir” Anak lelakinya menjawab dia akan menaiki gunung bagi mengilakkan dari air bah. Surah Hud (11): 43“Dia menjawab, “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat menghindarkan aku dari air bah!” (Nuh) berkata, “Tidak ada yang melindungi dari seksaan Allah pada hari ini selain Allah Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka dia (anak itu) termasuk orang yang ditenggelamkan”

(IV). Rasulullah s.a.w bersabda: Umpama Ahlu i-Baitku pada kamu sepertilah pintu taubat Bani Israel (bab hittah Bani Israil), sesiapa yang memasukinya diampun dosanya” (al-Sawa‘iq al-Muhriqah, 125, al-Mu‘jam al-Ausat,vi, hlm.85, al-Mu‘jam al-Saghir, ii, hlm.22). Hadis ini menunjukkan bahawa

Ahlu l-Bait as merupakan tempat untuk untuk mendapat keampunan ilahi seperti pintu taubat Bani Israel.

(V). Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya” Justeru sesiapa yang mahukan ilmu, hendaklah dia datang melalui pintunya (Ali). (al-Mustadrak, iii,126, Tarikh Baghdad, 377, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, hlm.37).

(VI) Rasulullah s.a.w bersabda: “Ini Ali saudaraku, wazirku, wasiku dan Khalifahku selepasku” (al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.216, Ahmad bin Hanbal. al-Musnad, I, hlm.111, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kanz al- ‘Ummal, vi,hlm.401). Hadis ini menunjukkan Ali a.s adalah Khalifah secara langsung selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

(VII) Rasulullah s.a.w bersabda: Tidakkah anda meridhai, wahai Ali, anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku” (al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54 (peperangan Tabuk), Muslim, Sahih, ii, hlm. 236 (Fadha’il al-Sahabah), Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 109).


(VIII) Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya dan dialah wali bagi setiap mukmin selepasku” (Sahih al-Turmudhi, v, 632, Musnad Ahmad, v, 356, Khasa’is al-Nasa’i, 61-64).