Waktu
solat mengikut al-Quran
Allah (swt) berfirman dalam kitabNya
yang suci:
“Dirikanlah
olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan
(dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah
disaksikan (keistimewaannya).”
Qur’an 17:78
Qur’an 17:78
Waktu solat menurut al-Quran adalah
tiga, bukan lima.
- Gelincir Matahari
- Waktu Gelap Malam
- Waktu Subuh.
Imam Fakhruddin Razi, pengulas
al-Quran terkenal Sunni, menulis berkenaan ayat yang dipetik (Surah 17, Ayat
78):
“Jika kita
menafsirkan waktu gelap malam (ghasaq) sebagai masa apabila kegelapan mula
muncul maka terma ghasaq merujuk kepada bermulanya Maghrib. Berdasarkan hal
ini, tiga waktu disebut dalam ayat: ‘waktu tergelincir matahari, waktu
bermulanya Maghrib dan waktu Fajar’. Ini menyatakan bahawa waktu tergelincir
matahari adalah waktu untuk Zuhur dan Asar, waktu ini dikongsi oleh dua solat
ini. Waktu bermulanya Maghrib adalah adalah waktu untuk Maghrib dan Isyak maka
waktu ini juga dikongsi oleh dua solat ini. Hal ini memerlukan kebolehan untuk
menjamak antara Zuhur dan Asar serta antara Magnrib dan Isyak pada setiap masa.
Akan tetapi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manjamak ketika di rumah
tanpa sebarang alasan adalah tidak dibenarkan. Hal ini menjurus kepada
pandangan bahawa menjamak adalah dibolehkan apabila sedang bemusafir atau
apabila hujan dll.”
Tafseer Kabeer, m.s 107
Tafseer Kabeer, m.s 107
Sementara kami akan InsyaAllah
menyangkal komentar Razi berkenaan menjamak tanpa sebab adalah tidak
dibenarkan, apa yang kita dapat dari sini adalah masa untuk solat fardhu
hanyalah tiga:
1). Masa untuk dua solat fardhu, Zuhur (tengah hari) dan Asar (petang), yang dikongsi oleh keduanya.
2). Masa untuk dua solat fardhu, Maghrib (senja) dan Isyak (malam) yang juga dikongsi oleh keduanya.
3). Masa untuk solat Subuh (pagi) yang hanya spesifik untuknya sahaja.
1). Masa untuk dua solat fardhu, Zuhur (tengah hari) dan Asar (petang), yang dikongsi oleh keduanya.
2). Masa untuk dua solat fardhu, Maghrib (senja) dan Isyak (malam) yang juga dikongsi oleh keduanya.
3). Masa untuk solat Subuh (pagi) yang hanya spesifik untuknya sahaja.
Kami melaksanakan solat Zuhur dan
Asar dan kemudian solat Maghrib dan Isyak dalam satu satu masa. Kami tidak
melakukannya hanya berdasarkan penghakiman kami, malah hal ini dilakukan kerana
ianya adalah Sunnah Nabi Muhammad (s). Adalah dilaporkan dalam Sahih Bukhari
bahawa Ibn Annas [r] berkata:
“Aku
mengerjakan lapan rakaat (Zuhur dan Asar) dan tujuh rakaat (Maghrib dan Isyak)
pada satu satu masa bersama Nabi Muhammad (s) (dengan tiada solat sunat
diantaranya.)” Umru berkata bahawa dia berkata kepada Abul Shaqa: “Aku fikir
Nabi (s) mengerjakan Zuhur sedikit lewat dan Asar sedikit awal, dan Isyak
sedikit awal, Maghrib sedikit lewat, Abul Shaqa menjawab bahawa dia juga
merasakan yang sama.”
Kita baca dalam Sahih Bukhari Jilid
1, Buku 10, Nombor 537, Bab Waktu Solat:
Diriwayatkan
Ibn ‘Abbas:
Rasul Allah (salam dan salawat ke atasnya) melakukan di Madinah tujuh (rakaat) dan lapan (rakaat), i.e. (menjamak) solat tengah hari (Zuhur) dan petang (Asar) (lapan rakaat) dan solat senja (Maghrib) dan malam (Isyak) (tujuh rakaat).
Rasul Allah (salam dan salawat ke atasnya) melakukan di Madinah tujuh (rakaat) dan lapan (rakaat), i.e. (menjamak) solat tengah hari (Zuhur) dan petang (Asar) (lapan rakaat) dan solat senja (Maghrib) dan malam (Isyak) (tujuh rakaat).
Dalam mengulas mengenai hadis ini,
pada muka surat yang sama dalam Tayseer al-Bari, Allamah Waheed uz Zaman berkata:
“Hadis ini
agak jelas di mana dua solat boleh dilakukan pada satu masa. Hadis yang kedua
memberitahu kita mengenai insiden di Madinah sewaktu tiada rasa takut mahupun
sebarang paksaan. Telah pun disebut di atas bahawa Ahli Hadis menganggapnya
dibolehkan, dan dalam kitab-kitab Imamiah terdapat banyak hadis-hadis dari Imam
Hadis dalam bab menjamak (solat) dan tiada alasan untuk hadis-hadis ini
dikategorikan sebagai palsu”
Tayseer al Bari Sharh Sahih Bukhari, Jilid 2, Kitab Tahajjud, m.s 187, diterbitkan oleh Taj Company Limited, Karachi
Tayseer al Bari Sharh Sahih Bukhari, Jilid 2, Kitab Tahajjud, m.s 187, diterbitkan oleh Taj Company Limited, Karachi
Kita juga baca dalam Sahih Bukhari
Jilid 1, Buku 10, Nombor 518:
Diriwayatkan
Ibn ‘Abbas:
“Nabi (s) melakukan solat lapan rakaat untuk Zuhur dan Asar, dan tujuh untuk solat Maghrib dan Isyak di Madinah.” Aiyub berkata, “Berkemungkinan ianya pada malam yang hujan.” Anas berkata, “Mungkin.”
“Nabi (s) melakukan solat lapan rakaat untuk Zuhur dan Asar, dan tujuh untuk solat Maghrib dan Isyak di Madinah.” Aiyub berkata, “Berkemungkinan ianya pada malam yang hujan.” Anas berkata, “Mungkin.”
Dalam ulasan berbahasa Urdu Tayseer
al-Bari Sharh Sahih Bukhari, dalam mengulas ungkapan terakhir Jabir di mana dia
menduga bahawa berkemungkinan ianya malam yang hujan, Allamah Waheed uz-Zaman
menulis:
“Kata-kata
Jabir adalah berdasarkan kemungkinan, kesalahannya telah dibuktikan oleh
riwayat Sahih Muslim yang menyatakan bahawa tiada hujan mahupun sebarang
perasaan takut yang wujud.”
Maulana Waheed uz-Zaman menulis
lagi:
“Ibn Abbas
dalam riwayat yang lain berkata bahawa Nabi Muhammad (s) melakukannya untuk
menyelamatkan umatnya dari sebarang kesukaran.”
Tayseer al-Bari Sharh Sahih Bukhari, Jilid 1, m.s 370, Kitab Waktu Solat, diterbitkan oleh Taj Company Limited.
Tayseer al-Bari Sharh Sahih Bukhari, Jilid 1, m.s 370, Kitab Waktu Solat, diterbitkan oleh Taj Company Limited.
Dalam perkaitan ini riwayat Sunni
juga menyingkirkan sebarang tanggapan bahawa jamak tersebut mungkin dilakukan
kerana keadaan cuaca yang buruk:
Nabi
Muhammad (s) bersolat di Madinah, ketika bermastautin di sana, tidak
bermusafir, tujuh dan lapan (ini merujuk kepada tujuh rakaat Maghrib dan Isyak
dijamakkan, dan lapan rakaat Zuhur dan Asar dijamakkan).
Ahmad ibn Hanbal, al-Musnad, Jilid 1, m.s 221
Ahmad ibn Hanbal, al-Musnad, Jilid 1, m.s 221
“Nabi
Muhammad (s) melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak serta Maghrib dan
Isyak secara jamak tanpa perasaan takut mahupun dalam bermusafir.”
Malik ibn Anas, al-Muwatta’, Jilid 1, m.s 161
Malik ibn Anas, al-Muwatta’, Jilid 1, m.s 161
Sekarang mari kita lihat kepada
hadis dari Sahih Muslim:
Ibn ‘Abbas
melaporkan bahawa Rasul Allah (s) menjamak solat Zuhur dan Asar serta solat
Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa berada dalam keadaan merbahaya mahupun
hujan. Dan di dalam sebuah hadis yang dirawikan oleh Waki’ (kata-katanya
ialah): “Aku berkata kepada Ibn ‘Abbas: Apa yang membuatkan baginda melakukan
hal tersebut? Dia berkata: Supaya umatnya (Rasulullah) tidak diletakkan dalam
keadaan sukar (yang tidak diperlukan).”
Kami telah mengambil hadis ini dari
sumber Sunni berikut:
- Sahih Muslim (terjemahan
Inggeris), Kitab al-Salat, Buku 4, Bab 100 Menjamak solat apabila
seseorang dalam bermastautin, hadis no. 1520;
- Jami al-Tirmidhi, Jilid 1, m.s
109, diterjemah oleh Badee’ uz-Zaman, diterbitkan oleh kedai buku No’mani,
bazaar Urdu Lahore.
- Sunan Abi Daud, jilid 1, m.s
490, Bab: ‘Menjamak Solat’, diterjemah oleh Maulana Waheed uz-Zaman
Dalam ulasannya mengenai hadis ini,
Zaman menyatakan:
Terdapat
dua jenis jamak solat, Jamak Taqdeem dan Jamak Takheer, yang awal bermaksud
melaksanakan solat Asar pada waktu Zuhur dan Isyak pada waktu Maghrib, dan yang
terkemudian adalah melakukan solat Zuhur pada waktu Asar dan Maghrib pada waktu
Isyak, kedua-dua jenis adalah terbukti sah dari Sunnah Rasulullah.
Sunan Abu Daud, jilid 1, m.s 490, diterjemah oleh Maulana Waheed uz-Zaman, diterbitkan di Lahore
Sunan Abu Daud, jilid 1, m.s 490, diterjemah oleh Maulana Waheed uz-Zaman, diterbitkan di Lahore
Maulana Waheed uz-Zaman membuat
rumusan pada muka surat yang sama dengan menyatakan:
“Hujah-hujah
yang menentang jamak solat adalah lemah, sementara yang membenarkannya adalah
kuat.”
Sunan Abu Daud, volume 1, page 490, translated by Maulana Waheed uz-Zaman, published in Lahore
Sunan Abu Daud, volume 1, page 490, translated by Maulana Waheed uz-Zaman, published in Lahore
Shah Waliullah Dehalwi menyatakan
dalam Hujutallah Balagha, m.s 193:
Masa untuk
solat sebenarnya adalah tiga, iaitu pagi, Zuhur dan pada waktu gelap malam dan
ini adalah maksud kepada firman Allah ‘Dirikanlah olehmu sembahyang ketika
gelincir matahari’. Dan Dia berfirman ‘hingga waktu gelap malam’ kerana
masa untuk menunaikan solat Zuhur adalah sehingga matahari terbenam oleh kerana
tiada kerenggangan antara duanya, maka, dalam keperluan, adalah dibolehkan
untuk menjamak Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak
Sekarang kami sediakan testimoni
Sahabat yang disayangi Ahli Sunnah bernama Abu Hurairah mengenai dibolehkan
untuk menjamak solat. Kita baca dalam Musnad Ahmad:
Abdullah
bin Shaqiq meriwayatkan bahawa pernah sekali selepas Asar, Ibn Abbas tinggal
sehingga matahari terbenam dan bintang muncul, lalu orang berkata: ‘Solat’ dan
di antara yang berkata adalah seorang lelaki dari Bani Tamim yang berkata:
‘Solat, solat’. Lalu dia (Ibn Abbas) manjadi marah dan berkata: ‘Bolehkah kamu
mengajarku Sunnah!! Aku melihat Rasul Allah (sawa) menjamak solat Zuhur dan
Asar, serta Maghrib dan Isyak’. Abdullah (bin Shaqiq) berkata: ‘Aku mempunyai
keraguan mengenai perkara ini maka aku berjumpa Abu Hurairah dan bertanya
kepadanya dan dia bersetuju dengan beliau (Ibn Abbas)’.
Musnad Ahmad, Jilid 1 m.s 251 Hadis 2269
Musnad Ahmad, Jilid 1 m.s 251 Hadis 2269
Shaykh Shu’aib al-Arnaout berkata:
‘Rataiannya
adalah Sahih mengikut standard Muslim’.
Kami juga akan menyebut amalan
Sahabat terkenal Anas bin Malik dan testimoninya mengenai mengerjakan solat
Asar pada waktu Zuhur. Kita bca dalam Sahih Bukhari Jilid 1, Buku 10, Nombor
524:
Diriwayatkan
Abu Bakr bin Uthman bin Sahl bin Hunaif:
bahawa dia
mendengar Abu Umama berkata: Kami melakukan solat Zuhur bersama ‘Umar bin Abdul
Aziz dan kemudian pergi kepada Anas bin Malik dan menjumpainya melakukan Solat
Asar. Aku bertanya kepadanya, “Wahai pakcik! Solat apa yang kamu lakukan?” Dia
berkata ‘Solat Asar dan ini adalah (waktu) solat Rasul Allah yang mana kami
pernah bersolat bersama baginda.”
Riwayat ini memperkukuhkan tafsiran
ayat 17:78 oleh Fakhruddin al-Razi yang mana menurutnya masa untuk melakukan
Zuhur dan Asar adalah sama.
Melakukan
dua solat dengan satu Azan
Apabila sudah terbukti bahawa jamak
solat bukanlah satu pembaharuan, malah adalah Sunnah Nabi Muhammad (s) untuk
menyelamatkan umatnya dari kesukaran, kita dibenarkan untuk menggunakan kemudahan
ini. Mereka perlu tahu bahawa oleh kerana Sunnah Nabi membenarkan para jemaah
untuk berkumpul di dalam masjid untuk solat Zohor dan Asar, kemudian panggilan
kedua untuk solat Asar dan Isyak dilaungkan didalam masjid tanpa pembesar suara
dan kemudian solat ditunaikan. Cara yang sama juga turut dipetik oleh ulama
Sunni.
Allamah Abdul Rehman al-Jazeeri
menulis:
“Cara yang
betul untuk menghimpun orang untuk bersolat adalah dengan melaungkan azan
Maghrib dengan suara kuat yang biasa, kemudian selepas azan, masa diperlukan
untuk melakukan solat tiga rakaat perlu ditangguhkan. Kemudian solat Maghrib
perlu dilaksanakan dan kemudian adalah elok untuk melaungkan azan Isyak di
dalam masjid, azan sepatutnya tidak dilaungkan dari menara supaya ianya tidak
akan memberi tanggapan bahawa masa tersebut adalah masa kebiasaan untuk solat
Isyak, oleh sebab itulah azan tersebut perlu dilaungkan dengan suara perlahan
dan kemudian solat Isyak boleh dilaksanakan.”
Al-Fiqa al-Al Madahib al-Arba’a, jilid 1 m.s 781, diterjemah oleh Manzoor Ahmed Abbas, diterbitkan oleh Akademi Ulama, Charity department Punjab
Al-Fiqa al-Al Madahib al-Arba’a, jilid 1 m.s 781, diterjemah oleh Manzoor Ahmed Abbas, diterbitkan oleh Akademi Ulama, Charity department Punjab
Jelas dari sini, berdasarkan
dalil-dalil yang sahih,menjamakkan solat walaupun bukan dalam keadaan yang
memerlukan adalah mubah dan sah. Ini bertepatan dengan cara yang diikuti oleh
pengikut Mazhab Ahlulbait(as).