📚Amalan Hari Eidul Ghadir :
1. Puasa -
-menghapus dosa selama enam puluh tahun.
-menyamai seratus kali haji dan seratus kali umrah.
2. Mandi.
3. Ziarah Amirul Mukminin as :
-ziarah Aminullah (boleh dibaca dari jarak dekat ataupun jauh),
-ziarah Jâmi’ah Kabîrah.
4. Mandi.
5. Membaca doa Nudbah.
6. Mengucapkan ucapan selamat berikut kepada saudara semukmin:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ جَعَلَنَا مِنَ الْمُتَمَسِّكِينَ
بِوِلاَيَةِ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِينَ وَالْأَئِمَّةِ عَلَيْهِمُ السَّلاَمُ
Maksud : Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kami dari kalangan orang-orang yang berpegang teguh kepada wilayah Amirul Mu’minin dan Imam-imam yang lain as.
Dan juga mengucapkan :
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَكْرَمَنَا بِهَذَا الْيَوْمِ وَ جَعَلَنَا مِنَ
الْمُوْفِيْنَ بِعَهْدِهِ إِلَيْنَا وَ مِيْثَاقِهِ الَّذِيْ وَاثَقَنَا بِهِ مِنْ
ِوِلاَيَةِ وُلاَةِ أَمْرِه
Segala Puji bagi Allah yang telahmemulyakan kami dengan perantara hari ini dan menjadikan kami orang-orang yangmenepati janji-Nya yang telah diserahkan kepada kami atau janji yang Ia ambildari kami,yaitu berwilayah kepada wali-wali-Nya.
وَ الْقُوَّامِ بِقِسْطِهِوَ لَمْ يَجْعَلْنَا مِنَ الْجَاحِدِيْنَ وَ
الْمُكَذِّبِيْنَ بِيَوْمِ الدِّيْنِ
Maksud : Dan para penegak keadilanNya dan tidak menjadikan kami dari orang-orang yang menentang dan mengingkari hari Qiamat.
7. Membaca doa ini sebanyak 100 kali :
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ جَعَلَ كَمَالَ دِيْنِهِ وَ تَمَامَ نِعْمَتِهِ
بِوِلاَيَةِ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَعَلِيِّ بْنِ أَبِيْ طَالِبٍ عَلَيْهِ
السَّلاَمُ
Maksud : Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan agama dan nikmatNya dengan wilayah Amirul Mu’minin Ali bin Abi Talib as.
8. Berbuat kebajikan dan kebaikan.
9. Berhias diri dengan memakai wewangian.
10. Menggembirakan syi’ah Amirul Mukminin as :
-memaafkan kesalahan-kesalahan mereka,
-memenuhi keperluan dan hajat mereka,
-menyambung tali silaturrahmi,
-memberi nafkah kepada keluarga,
-memberi makan kepada para mukminin,
-memberi makan kepada orang yang berpuasa,
-bersalam-salaman dengan para mukminin,
-mengunjungi mereka,
-menghadiahkan senyuman kepada mereka,
-memberi hadiah kepada mereka. 11. Bersyukur kepada Allah atas nikmat wilayah.
12. Memperbanyakkan selawat dan ibadah. Semua amalan dan ibadah memiliki pahala yang luar biasa :
-Satu Dirham yang diberikan seseorang kepada saudaranya yang mukmin pada hari al Ghadir sama dengan memberi seratus ribu Dirham di hari lain,
-memberi makan kepada seorang mukmin pada hari ini seperti memberi makan kepada seluruh para Nabi dan Shiddiqin,
-Dalam khutbah Amirul Mukminin as disebutkan : “Di hari Ghadir Khum, siapa saja yang memberi makan kepada orang mukmin yang berpuasa di waktu berbuka bererti umpama ia telah memberi makan kepada sepuluh FI'AM. Ada yang bertanya kepadanya : Apa makna FI'AM wahai Amiral Mukminin? Baginda as menjawab : 1000 orang Nabi, Shiddiq dan Syahid."
13. Keutamaan hari Eidul Ghadir tidak mampu dihitung. Eidul Ghadir adalah :
-hari diterima amalan para syiah dan disingkapkan kesusahan mereka,
-hari kemenangan Nabi Musa as atas para ahli sihir,
-hari Allah swt mendinginkan api buat Nabi Ibrahim al-Khalil as,
-hari Nabi Musa as melantik Yusya’ bin Nun sebagai wasinya,
-hari Nabi Isa as mengangkat Syam’un al-Shafâ sebagai wasinya,
-hari Nabi Sulaiman as mengambil penyaksian dari kaumnya untuk pengangkatan khalifahnya, 'Asif bin Barkhiya,
-dan hari Rasulullah saw mempersaudarakan para sahabatnya.
14. Oleh kerana itu, amat digalakkan pada hari al Ghadir untuk kita melakukan 'aqad ukhuwwah dengan saudara mukmin yang lain. Caranya seperti yang dinukil oleh Syeikh Thusi ra iaitu dengan meletakkan tangan kanannya di atas tangan kanan saudara mukminnya sambil mengucapkan :
وَآخَيْتُكَ فِي اللهِ وَصَافَيْتُكَ فِي اللهِ وَ صَافَحْتُكَ
فِي اللَّهِ وَ عَاهَدْتُ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَ كُتُبَهُ وَ رُسُلَهُ
Maksud : Aku bersaudara denganmu demi Allah, berteman denganmu demi Allah, berjabat tangan denganmu demi Allah dan aku berjanji kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya,
وَأَنْبِيَاءَهُ وَ الْأَئِمَّةَ الْمَعْصُومِيْنَ عَلَيْهِمُ السَّلاَمُ عَلَى
أَنِّيْ إِنْ كُنْتُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَ الشَّفَاعَةِ وَ أُذِنَ
لِيْ بِأَنْ
para nabiNya serta para Imam yang maksum, jika aku termasuk dari kalangan ahli syurga dan layak mendapat syafaat serta diizinkan untuk
أَدْخُلَ الْجَنَّةَ لاَ أَدْخُلُهَا إِلاَّ وَ أَنْتَ مَعِيْ
masuk syurga, maka aku tidak akan masuk ke dalamnya kecuali engkau turut bersamaku.
Lalu saudara yang mukmin tadi akan menjawab :
قَبِلْتُ (saya terima).
Kemudian mengatakan :
أَسْقَطْتُ عَنْكَ جَمِيْعَ حُقُوْقِ الْأُخُوَّةِ مَا خَلاَ
الشَّفَاعَةَ وَ الدُّعَاءَ وَ الزِّيَارَةَ
Maksud : Aku gugurkan semua hak-hak persaudaraan kecuali syafaat, doa dan ziarah.💐🌷🌹®