Saturday, December 20, 2014


As-Siddiq adalah milik Ali a.s. Sabda Rasul s.a.w:
ستكون بعدي فتنة, فاذا ذاك فالزموا عليّ ابن أبي طالب! فانّه أوّل من يصافحني يوم القيامة, وهو الصدّيق الأكبر, وهوفاروق هذه الأمة يفرّق بين الحقّ والباطل وهو يعسوب المؤمنين والمال يعسوب المنافقين

"Akan berlaku fitnah sesudah pemergianku kelak. Maka ketika itu, hendaklah kamu semua bersama Ali bin Abi Thalib. Sesungguhnya dia adalah manusia pertama yang akan berjabat tangan denganku di akhirat kelak, dan dia juga adalah (as-Siddiq) Orang yang sentiasa benar dalam percakapan dan perbuatan, dia juga adalah (al-Faruq) Orang yang bijak membezakan diantara haq dan batil dikalangan umat ini, dan dia adalah pemimpin orang-orang yang beriman, dan harta adalah pemimpin orang-orang munafik"

Riwayat hadits ini telah dikeluarkan oleh sebahagian besar ulama Ahlus Sunnah di dalam kitab-kitab mereka diantaranya:

1- Al-Isabah: Ibnu Hajar al-Asqallani: Jil. 7 bhgn. 1. Hal. 167. Beliau mengulas bahawa hadits ini juga dikeluarkan oleh Ahmad, Ibnu Mandih dan selain dari keduanya menerusi rantaian sanad Ishaq bin Basyir al-Asadi dari Khalid bin Harits dari `Auf dari al-Hasan dari Abi Laila al-Ghiffariyyah.

2- Majma`uz Zawaid: Nuruddin al-Haitsami: Juz. 9 Hal. 102. Hadits diriwayatkan dari Abu Dzar dan Salman. Manakala ath-Thabrani dan al-Bazzar pula meriwayatkan dari Abu Dzar sahaja.

3- Kanzul Ummal: Muttaqi al-Hindi: Jil. 6 Hal. 156. Beliau mengulas bahawa hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani dari Salman dan Abu Dzar (secara bersama). Sementara Baihaqi dan Ibnu `Adi meriwayatkan dari Huzaifah.

4- Riyadhun Nadhrah: Muhib Thabari: Jil. 2 hal. 155. Beliau berkata bahawa hadits tersebut telah diriwayatkan dari Abu Dzar dan dikeluarkan juga oleh al-Hakim. 

(Sila rujuk juga: Al-Isti`ab: 2/657, Usudul Ghabah5/287 dan Faidhul Qadir: 4/358.)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi sambil menghalakan jarinya kepada Ali a.s:
انّ هذا أوّل من آمن بي, وأوّل من يصافحني يوم القيامة, وهو الصديق الأكبر, وهو فاروق هذه الأمة يفرّق بين الحقّ والباطل, وهو يعسوب المؤمنين


"Sesungguhnya Ali adalah yang terawal beriman padaku, dan dia adalah manusia pertama yang akan berjabat tangan denganku di akhirat kelak, dan dia juga adalah (as-Siddiq) Orang yang sentiasa benar dalam percakapan dan perbuatan, dia juga adalah (al-Faruq) Orang yang bijak membezakan diantara haq dan batil dikalangan umat ini, dan dia adalah pemimpin orang-orang yang beriman"


(Rujuk: Kanzul Ummal: 6/156. Bil Hadits 2608, Tarikh Dimasyq: 1/76. Bil. 121-124&126, Majma`uz Zawaid: 9/102, Kifayatuth Thalib: Hal. 187, Al-Isabah: 4/171, Usudul Ghabah: 5/287, Mizanul I`itidal: 2/417, Ihqaqul Haq: 4/29, Faraidus Simthin: 1/39-40, Syarh Nahjul Balaghah: 3/261, Zakhairul Uqba: Hal. 56 dan Riyadhun Nadhrah: 2/204.)

Dengan pengiktirafan dari Nabi s.a.w ini, maka jelaslah bahawa "Orang yang sentiasa dalam kebenaran samada dari sudut percakapan mahupun perbuatan" (as-Siddiq) dan "Manusia yang paling arif tentang haq dan batil" (al-Faruq) adalah Ali a.s.