Tuesday, January 13, 2015

Aqidah Syi'ah Tentang al-Qur'an; Menolak Isu Tahrif al-Qur'an

Aqidah Syi'ah Tentang al-Qur'an; Menolak Isu Tahrif al-Qur'an
Sesungguhnya Syi'ah mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang adalah benar dan mereka beramal dengannya. Tetapi ianya tidak dinafikan bahawa terdapat kitab-kitab karangan ulama Syi'ah seperti al-Kulaini dan lain-lain yang telah mencatat tentang kurang atau lebihnya ayat-ayat al-Qur'an yang ada sekarang, tetapi ketahuilah anda bahawa bukanlah semua riwayat itu sahih malah ianya ada yang sahih dan ada yang dha'if. Contohnya al-Kulaini telah meriwayatkan di dalam al-Kafi bahawa Rasulullah SAWAW telah dilahirkan pada 12 Rabi'ul Awwal tetapi ianya ditolak oleh majoriti ulama Syi'ah kerana mereka berpendapat bahawa Nabi SAWAW telah dilahirkan pada 17 Rabi'ul Awwal.
Begitu juga mereka menolak kitab al-Hassan bin al-'Abbas bin al-Harisy yang dicatat oleh al-Kulaini di dalam al-Kafi, malah mereka mencela kitab tersebut. Begitu juga mereka menolak riwayat al-Kulaini bahawa orang yang disembelihkan itu adalah Nabi Ishaq bukan Nabi Isma'il AS (al-Kafi, IV, hlm. 205). Justeru itu riwayat al-Kulaini umpamanya tentang kekurangan dan penambahan ayat-ayat al-Qur'an adalah riwayat yang lemah (Majallah Turuthuna, Bil. XI, hlm. 104).
Kerana ulama Syi'ah sendiri telah menjelaskan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam al-Kafi, malah mereka menolak sebahagian besar riwayat al-Kulaini. Begitu juga dengan kitab al-Istibsar fi al-Din, Tahdhib al-Ahkam karangan al-Tusi dan Man La Yahdhuruhu al-Faqih karangan Ibn Babuwaih, sekalipun 4 buku tersebut dikira muktabar di dalam mazhab Syi'ah, umpamanya al-Kafi yang mempunyai 16,199 hadith telah dibahagikan kepada 5 bahagian (di antaranya):
i. Sahih, mengandungi 5,072 hadith.
ii. Hasan, 144 hadith.
iii. al-Muwaththaq, 1128 hadith (iaitu hadith-hadith yang diriwayatkan oleh orang yang bukan Syi'h tetapi mereka dipercayai oleh Syi'ah).
iv. al-Qawiyy, 302 hadith.
v. Dhaif, 9,480 hadith. (Lihat Sayyid Ali al-Milani, al-Riwayat Li Ahadith al-Tahrif di dalam Turuthuna, Bil. 2, Ramadhan 1407 Hijrah, hlm. 257).
Oleh itu riwayat-riwayat tentang penambahan dan kekurangan al-Qur'an telah ditolak oleh ulama Syi'ah Imamiyah mazhab Ja'fari dahulu dan sekarang. Syaikh al-Saduq (w. 381H) menyatakan "i'tiqad kami bahawa al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad SAWAW dan keluarganya ialah di antara dua kulit (buku) iaitu al-Qur'an yang ada pada orang ramai dan tidak lebih dari itu. Setiap orang yang mengatakan al-Qur'an lebih dari itu adalah suatu pembohongan." (I'tiqad Syaikh al-Saduq, hlm. 93). Syaikh al-Mufid (w. 413H) menegaskan bahawa al-Qur'an tidak kurang sekalipun satu kalimah, satu ayat ataupun satu surah (Awa'il al-Maqalat, hlm. 55). Syarif al-Murtadha (w. 436H) menyatakan al-Qur'an telah dijaga dengan rapi kerana ia adalah mu'jizat dan sumber ilmu-ilmu Syarak, bagaimana ia boleh diubah dan dikurangkan? Selanjutnya beliau meyatakan orang yang mengatakan al-Qur'an itu kurang atau lebih tidak boleh dipegang pendapat mereka (al-Tabrasi, Majma' al-Bayan, I, hlm. 15). Syaikh al-Tusi (w. 460H) menegaskan bahawa pendapat mengenai kurang atau lebihnya al-Qur'an adalah tidak layak dengan mazhab kita (al-Tibyan fi Tafsir al-Qur'an, I, hlm.3). Begitu juga pendapat al-Allamah Tabataba'i dalam Tafsir al-Mizan, Jilid 7, hlm. 90 dan al-Khu'i dalam Tafsir al-Qur'an al-'Azim, I, hlm. 100, mereka menegaskan bahawa al-Qur'an yang ada sekarang itulah yang betul dan tidak ada penyelewengan.
Demikianlah sebahagian daripada pendapat-pendapat ulama Syi'ah dahulu dan sekarang yang mengaku kesahihan al-Qur'an yang ada pada hari ini. Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata,"Apabila datang kepada kamu dua hadith yang bertentangan maka hendaklah kamu membentangkan kedua-duanya kepada Kitab Allah dan jika ianya tidak bertentangan dengan Kitab Allah, maka ambillah dan jika ianya bertentangan Kitab Allah, maka tinggalkanlah ia" (Syaikh, al-Ansari, al-Rasa'il, hlm. 446). Kata-kata Imam Ja'far al-Sadiq itu menunjukkan al-Qur'an yang wujud sekarang ini adalah al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi SAWAW tanpa tambah dan kurang jika tidak, ianya tidak menjadi rujukan kepada Muslimin untuk membentangkan hadith-hadith Nabi SAWAW yang sampai kepada mereka. Oleh itu mazhab Syi'ah Ja'fari samalah dengan mazhab Ahlu s-Sunnah dari segi menjaga al-Qur'an dari penyelewengan, tetapi apa yang anehnya ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku Sahih Ahlu s-Sunnah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Qur'an telah ditambah, dikurang dan ditukarkan, di antaranya seperti berikut:
1. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-Lail (92):3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" oleh itu ayat yang asal ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa". Hadith ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ianya dicatat pula oleh Muslim, Sahih,I,hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.
2. Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 menyatakan (Surah al-Dhariyat (51):58 telah diubah dari teks asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks sekarang.
3. Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224 meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari,"Kami membaca satu surah seperti Surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya,"Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah."
4. Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab (33):56 pada masa Nabi SAWAW adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata,"Iaitu sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf."
5. al-Muslim, Sahih, II, hlm. 726, meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari membaca selepas Surah al-Saf (61):2, "Fatuktabu syahadatan fi A'naqikum..."tetapi ianya tidak dimasukkan ke dalam al-Qur'an sekarang.
6. Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama "al-Khal" dan "al-Hafd" telah ditulis dalam mushaf Ubayy bin Ka'b dan mushaf Ibn 'Abbas, sesungguhnya 'Ali AS mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi, 'Umar dan Abu Musa al-Asy'ari juga membacanya.
7. Malik, al-Muwatta', I, hlm. 138 meriwayatkan dari 'Umru bin Nafi' bahawa Hafsah telah meng'imla' "Wa Salati al-Asr" selepas Surah al-Baqarah (2): 238 dan ianya tidak ada dalam al-Qur'an sekarang. Penambahan itu telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibn, Hanbal, al-Bukhari, dan lain-lain.
8. Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an Aba'ikum" tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
9. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAWAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman menulis mushaf ianya tinggal 173 ayat sahaja."
10. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33):25 iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib". Jadi ayat yang dibaca, "Kafa Llahul Mu'minin al-Qital bi 'Ali bin Abi Talib."
11. Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 mencatat riwayat daripada 'Aisyah RD dia berkata: ayat al-Radha'ah sebanyak  10 kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mushaf di bawah katilku, tetapi manakala wafat Rasulullah SAWAW dan kami sibuk dengan kewafatannya, maka ianya hilang.
12. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada 'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya 'Umar bin al-Khattab, dia berkata,"Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang.
Demikianlah di antara catatan para ulama Ahlu s-Sunnah mengenai al-Qur'an sama ada lebih atau kurang di dalam buku-buku Sahih dan muktabar mereka. Bagi orang yang mempercayai bahawa semua yang tercatat di dalam sahih-sahih tersebut adalah betul dan wajib dipercayai, akan menghadapi dilema, kerana kepercayaan sedemikian akan membawa mereka kepada mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang tidak sempurna, sama ada berkurangan atau berlebihan. Jika mereka mempercayai al-Qur'an yang ada sekarang adalah sempurna - memang ianya sempurna - ini bererti sahih-sahih mereka tidak sempurna dan tidak sahih lagi. Bagi Syi'ah mereka tidak menghadapi dilema ini kerana mereka berpendapat bahawa bukan semua riwayat di dalam buku-buku mereka seperti al-Kafi, al-Istibsar fi al-Din dan lain-lain adalah sahih, malah terdapat juga riwayat-riwayat yang lemah.
Oleh itu untuk mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang ini sempurna sebagaimana yang dipercayai oleh Syi'ah mazhab Ja'fari, maka Ahlu s-Sunnah terpaksa menolak riwayat-riwayat tersebut demi mempertahankan kesempurnaan al-Qur'an. Dan mereka juga harus menolak riwayat-riwayat yang bertentangan dengan al-Qur'an dan akal seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah,"Sesungguhnya Neraka Jahanam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya, maka Neraka Jahanam berkata: Cukup, cukup."(Al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 127; Muslim, Sahih, II, hlm. 482).
Hadith ini adalah bertentangan dengan ayat al-Qur'an Surah al-Sajdah (32):13 yang bermaksud,...."Sesungguhnya Aku akan penuhi Neraka Jahanam dengan jin dan manusia." Juga bertentangan dengan Surah al-Syura (42):11 yang menafikan tajsim "Tidak ada suatu yang perkarapun yang menyerupaiNya."
Lantaran aitu tidak hairanlah jika al-Suyuti di dalam Tadrib al-Rawi, hlm. 36 menyatakan bahawa al-Bukhari telah mengambil lebih 480 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh Muslim dan ia mengandungi para periwayat yang lemah, sama ada disebabkan oleh pembohongan dan sebagainya, sementara Muslim pula mengambil 620 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh al-Bukhari dan terdapat di dalamnya 160 periwayat yang lemah. Murtadha al-
Askari pula menulis buku berjudul 150 sahabat khayalan, Beirut, 1968. Hanya nama-nama mereka sahaja disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka sebenarnya tidak pernah wujud. Oleh itu 'sahih" adalah nama buku yang diberikan oleh orang tertentu, misalnya al-Bukhari menamakannya 'Sahih" iaitu sahih mengikut pandangannya, begitu juga Muslim menamakan bukunya 'Sahih" iaitu sahih mengikut pandangannya.
Justeru itu buku-buku 'sahih' tersebut hendaklah dinilai dengan al-Qur'an, kerana Sahih yang sebenar adalah sahih di sisi Allah SWT. Dan kita naik saksi bahawa al-Qur'an yang ada di hadapan kita ini adalah sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Dengan itu anda tidak lagi menganggap Syi'ah mempunyai al-Qur'an 'lebih atau kurang' isi kandungannnya kerana mereka sendiri menolaknya. Dan ianya telah dicatat di dalam buku-buku Sahih dan muktabar Ahlu s-Sunnah tetapi mereka juga menolaknya. Dengan demikian Syi'ah dan Sunnah adalah bersaudara di dalam Islam dan mereka wajib mempertahankan al-Qur'an dan beramal dengan hukumnya tanpa menjadikan 'ijtihad' sebagai alasan untuk menolak (hukum)nya pula.


SYIAH DLM ALQURAN DAN HADIS

Kata “Syiah” bermaksud “pengikut; ahli parti“. Dengan demikian, istilah “Syiah” itu
sendiri tidak mempunyai erti negatif atau positif kecuali jika kami gandingkan bersama pemimpin sesuatu kumpulan.
Jika seseorang itu ialah Syiah (pengikut) kepada hamba Allah yang soleh , maka tidak ada salahnya menjadi Syiah kepada beliau, khususnya jika pemimpin parti tersebut telah
ditetapkan oleh Allah. Di sisi lain, jika kita seseorang menjadi Syiah kepada seorang penindas atau orang yg bersalah, maka beliau akan bertemu dengan nasib yang sama dengan pemimpinnya.  Al Quran telah pun menunjukkan
bahawa pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan di dalam kumpulan, dan masing-masing kelompok memiliki pemimpin di depannya. Allah, Yang maha Mulia, berfirman:
Suatu hari Kami akan memanggil setiap kumpulan manusia bersama Imam masing-masing. (Quran 17:71)
Pada hari penghakiman, nasib para “pengikut” dari setiap kumpulan sangat bergantung pada nasib Imam-nya (asalkan mereka benar-benar mengikuti Imam). Allah menyebutkan di dalam Quran bahawa ada dua jenis imam. Ada imam yang menjemput manusia ke api neraka. Mereka adalah para pemimpin yang zalim di setiap era (seperti Firaun, dll):
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.
Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.. (Al-Quran
28:41-42).
Tentu saja, menjadi ahli parti-parti Syaitan seperti di atas
sangat dikecam dalam Al-Quran, dan para pengikut parti-parti tersebut akan mengikuti
nasib pemimpin mereka. Namun, Quran juga mengingatkan bahawa akan ada pula imam yang dilantik oleh Allah sebagai Panduan bagi manusia:
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”(Al-Quran 32:24)
Tentu saja, yang sesungguhnya golongan (Syiah) Imam ini akan merasa kemakmuran nyata
pada hari kebangkitan. Jadi menjadi Syiah tidak membawa erti apa-apa, kecuali jika kita
mengetahui kita menjadi Syiah kepada siapa. Allah menyebutkan di dalam Quran yang Sesetengah hambanya yang benar ialah Syiah kepada hamba-hamba-Nya yang lain. Contohnya Nabi
Ibrahim disebutkan dalam Quran secara khusus sebagai Syiah kepada Nuh:
“Dan yang paling pasti Ibrahim ialah di antara Syiah kapadanya-Nya (iaitu, Nabi Nuh)” (Al-Quran (37:83)
(Perhatikan bahawa perkataan “Syiah” secara eksplisit digunakan, huruf demi huruf, di atas
ayat dan juga ayat seterusnya.) Dalam ayat lain, Al-Quran menceritakan tentang
Musa melawan Syiah kepada musuh-musuh Nabi Musa:
Dan masuklah ia ke Kamur (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari Syiahnya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari Syiahnya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: “Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) “. Al-Quran(28:15)
Jadi Syiah ialah perkataan rasmi yang digunakan oleh Allah dalam
Quran-Nya untuk menyatakan pangkat serta kualiti nabi-Nya serta para pengikut mereka. Adakah kamu ingin menuduh Nabi Ibrahim seorang sektarian? Bagaimana dengan Nabi Nuh dan Nabi Musa?
Jika seseorang menggelarkan dirinya seorang Syiah, maka ia bukan kerana ada perasaan sektarianisme, atau apa-apa bida’ah. Itu kerana Al-Quran telah menggunakan frasa ini untuk beberapa hamba terbaik-Nya. Ayat di atas yang saya telah sebutkan dalam membela Syiah, telah menggunakan istilah berbentuk tunggal (iaitu, satu kumpulan pengikut). Ini bererti frasa ini membawa erti khusus, seperti: Syiah Nuh (AS), Syiah Musa (AS). Juga dalam
sejarah Islam, Syiah telah secara khusus digunakan untuk “pengikut Ali”.
Individu pertama yang menggunakan istilah ini ialah Rasulullah sendiri:
Rasulullah berkata kepada Ali: “Berita gembira wahai Ali! Sesungguhnya kamu
dan sahabat kamu dan Syiah (pengikut) akan berada di Syurga. “
Rujukan Sunni:
(1) Fadha’il al-Sahabat, oleh Ahmad Ibn Hanbal, v2, p655
(2) Hilyatul wali-wali, oleh Abu Nu’aym, v4, p329
(3) Tarikh, by al-Khateeb al-Baghdadi, V12, p289
(4) al-Awsat, oleh al-Tabrani
(5) Majma ‘al-Zawa’id, by al-Haythami, V10, hlm 21-22
(6) al-Darqunti, yang mengatakan hadis ini telah disebar melalui pelbagai
perawi.
(7) al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar Haythami, Ch. 11, bahagian 1, p247
Dengan demikian Rasulullah (saw & HF) digunakan untuk mengatakan frasa “Syiah Ali”.
Ungkapan ini bukanlah sesuatu yang diciptakan nanti! Nabi Muhammad (saw & HF) berkata
bahawa pengikut sebenar imam Ali akan pergi ke Syurga, dan ini merupakan
kebahagiaan. Juga Jabir bin Abdillah al-Ansari meriwayatkan bahawa:
Rasulullah (saw) berkata: “Syiah Ali akan merasai kemenangan yang nyata pada hari kebangkitan”
Rujukan Sunni:
- Al-Manaqib Ahmad, sebagaimana disebutkan dalam:
- Yanabi al-Mawaddah, oleh Al-Qundoozi al-Hanafi, p62
- Tafsir al-Durr Al-Manthoor, oleh al-Hafidh Jalaluddin al-Suyuti, yang mengutip
hadis berikut: “Kami dengan Nabi saw ketika Ali datang ke
kami. Nabi berkata: Dia dan Syiahnya akan memperoleh keselamatan pada hari
penghakiman. “
“Hari kebangkitan” boleh juga dirujuk kepada hari kebangkitant al-Mahdi (AS). Tetapi dalam
istilah yang lebih umum, itu berarti hari penghakiman. Juga ada sebuah hadith bahawa:
Rasulullah berkata: “Wahai Ali! Pada hari kiamat aku akan Mengharapkan
kepada Allah dan kamu akan mengharapkan kepadaku dan anak-anak kamu akan mengharapkan kepadamu dan Syiahmu akan mengharapkan kepada mereka. Kemudian kamu akan melihat di mana mereka membawa kami.(iaitu Syurga) “
Rujukan sunni: Rabi al-Abrar, oleh al-Zamakhsyari
Selain itu, diceritakan bahawa:
Rasulullah berkata: “Wahai Ali! (Pada hari kiamat)kamu dan Syiah kamu akan datang kepada Allah dengan senang dan menyenangkan, dan akan ada
datang kepada-Nya musuh-musuh kamu yang marah dan angkuh (yakni, kepala mereka di paksa keatas).
Rujukan sunni:
- Al-Tabrani, berdasarkan kuasa Imam Ali
- Al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar al-Haythami, Ch. 11, bahagian 1, p236
Sebuah versi lebih lengkap daripada hadis yang juga telah dilaporkan oleh
Sunni, adalah sebagai berikut:
Ibnu Abbas (RA) meriwayatkan: Ketika ayat “Orang-orang yang beriman dan
amal soleh adalah yang terbaik daripada penciptaan (Al-Quran 98:7) “diturunkan, Rasulullah (saw) berkata kepada Ali: “Mereka adalah kamu
dan Syiahmu. “Dia melanjutkan:” Wahai Ali! (Pada hari kiamat), kamu dan
Syiah kamu akan datang ke arah Allah dengan senang dan menyenangkan, dan
musuhmu akan dating dengan marah serta kepala mereka dipaksa ke atas. Ali berkata: “Siapakah musuhmu? “Nabi (SAAW) menjawab:” Dia yang menjauhkan dirinya
daripada kamu dan mengutukmu. Dan berita kepada mereka yang pertama mencapai di bawah bayang-bayang al-’Arsh pada hari kebangkitan. “Ali bertanya:” Siapakah
mereka, wahai Rasulullah? “Dia menjawab:” Syiahmu, wahai Ali, dan
orang yang mengasihi kamu. “
Rujukan sunni:
- Al-Hafidh Jamaluddin al-Dharandi, tentang kuasa Ibnu Abbas
- Al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, Ch. 11, bahagian 1, hal 246-247
Kemudian Ibnu Hajar memberikan komentar aneh untuk hadis pertama, beliau berkata:
Syiah Ali adalah Ahlussunnah kerana mereka adalah orang-orang yang mencintai Ahlul –
Bayt sebagaimana Allah memerintahkannya kepada Nabi. Tetapi orang lain (iaitu, selain
Sunni) adalah musuh-musuh Ahlulbait kerana mencintai mereka di luar
batas hukum adalah permusuhan besar. Juga, musuh-musuh Ahlulbait adalah al-Khawarij dan mereka yang bersama-sama daripada Syria, bukan sahabat Muawiyah dan lain-lain kerana mereka ialah Muteawweloon, dan bagi mereka pahala yang baik, dan untuk Ali dan Syiah adalah sebuah pahala yang baik!
Rujukan sunni: al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, Ch. 11, bahagian 1,
p236
Dan ini adalah caranya bagaimana ulama Sunni menundukkan hadis nabi yang menyokong
“Syiah Ali”! Mereka mengatakan bahawa mereka adalah Syiah yang sebenar!
Mari kita lihat satu lagi hadis berkenaan hal ini:
Rasulullah berkata kepada Ali: ” empat orang Yang pertama yang akan
masuk Syurga adalah aku, kau, al-Hasan, dan al-Husain, dan keturunan kami
akan berada di belakang kami, dan isteri kita akan berada di belakang keturunan kita, dan Syiah kita akan berada di sekeliling kita. “
Rujukan sunni:
- Al-Manaqib, oleh Ahmad
- Al-Tabrani, seperti dikutip dalam:
- Al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar Haythami, Ch. 11, bahagian 1, p246
Dari keterangan di atas, perkataan “Syiah” digunakan oleh Allah di dalam Quran untuk
Para nabi-Nya serta para pengikut mereka. Lebih lanjut lagi, Nabi Muhammad
(SAAW) telah berulang kali menggunakan kata ini untuk para pengikut Imam Ali (AS) dalam memuji kedudukan dan kualiti mereka.
Namun saya tidak menemukan istilah-istilah seperti “Ahlussunnah wal-Jama’ah”,
“al-Wahhabiyyah”, “al-Salafiyyah” di mana sahaja dalam Al-Quran atau
hadis Nabi. Saya bersetuju bahawa kita harus mengikuti Sunnah Nabi,
tetapi saya ingin mencari asal-usul istilah yang tepat di sini. Kami Syiah
berbangga dalam mengikuti Sunnah Nabi. Namun, persoalannya ialah yang mana satukah Sunnah yang asli dan yang mana yang tidak. Perkataan “Sunnah” dengan sendirinya tidak
memenuhi tujuan pengetahuan. Semua umat Islam dengan penuh keyakinan,
mendakwa bahawa mereka mengikuti Sunnah Nabi (sawa).
Harus ditekankan bahawa Rasulullah tidak pernah menginginkan untuk memecah-belahkan kaum Muslimin dalam berbagai pecahan kumpulan. Nabi telah memerintahkan semua orang untuk mengikuti Imam Ali (AS) sebagai pembantu baginda selama hidupnya Rasulullah, dan sebagai khalifah selepas ketiadaan baginda. Nabi berharap para sahabatnya mengikuti perintahnya. Tapi sayangnya para sahabat baginda, yang disayangi dan dikenali sebagai “Syiah Ali” terpaksa menahan pelbagi jenis diskriminasi dan menderita sejak hari pertama daripada kematian rahmat untuk Manusia, Nabi Muhammad (SAAW), sehinggalah sekarang.
Allah berfirman dalam Quran:
“Peganglah teguh-teguh kepada Tali Allah, kalian semua bersama-sama dan tidak berasingan”
(Al-Quran 3:103) “
Tali Allah yang tidak boleh dipisahkan dengan kita, adalah Ahlulbait. Bahkan, beberapa ulama meriwayatkan daripada Imam Ja’far ash-Shadiq (AS) berkata:
“Kami adalah Tali Allah tentang siapa yang Allah telah berfirman:” Peganglah teguh-teguh untuk yang Tali Allah, kalian semua bersama-sama dan tidak berasingan (3:103) ‘
Rujukan sunni:
- Al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar Haythami, Ch. 11, bahagian 1, p233
- Tafsir al-Kabir, by al-Tha’labi, di bawah komentar dari ayat 3:103
Jadi, jika Allah mencela sektarianisme(sifat kepuakan), maka secara tidak langsung Dia juga mencela mereka yang berpisah daripada Tali-Nya, bukan orang-orang yang berpegang teguh kepadanya(Tali Allah). Juga terdapat beberapa pendapat mengatakan Tali Allah ialah Al-Quran. Pendapat ini juga benar. Mari kita lihat hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah yang berkata:
Rasulullah berkata: “Ali bersama dengan Quran, dan Quran bersama dengan Ali.
Mereka tidak akan terpisah daripada satu sama lain sehingga mereka berdua kembali kepada-Ku berhampiran telaga ku (Syurga). “
Rujukan sunni:
- Al-Mustadrak, by al-Hakim, v3, p124 pada kuasa Ummu Salamah
- Al-Shawd’iq al-Muhriqah, oleh Ibnu Hajar, Ch. 9, bahagian 2, hlm 191.194
- Al-Awsat, oleh al-Tabrani, juga dalam al-Saghir
- Tarikh al-Khulafa, oleh Jalaluddin Al-Suyuti, p173
Kemudian kita bolehlah menyimpulkan bahawa Imam Ali ialah Al-Quran yang bercakap. Dari hujah ini, dapatlah disimpulkan juga bahawa Imam Ali ialah tali Allah yang kukuh kerana mereka (Al-Quran dan Ali) adalah tidak dapat dipisahkn. Bahkan, ada sejumlah besar hadis Sunni yang Sahih sumbernya di mana Nabi bersabda, “Al-Quran dan Ahlulbaitku tidak dapat dipisahkan dan jika umat Islam ingin tetap berada di jalan yang benar, mereka harus tetap pada KEDUA mereka.
Oleh kerana itu, kita bolehlah menyimpulkan bahawa mereka yang memisahkan diri mereka daripada Ahlulbait adalah bersifat kepuakan, yang dikecam oleh Allah dan Nabi-Nya kerana perbezaan mereka.
Bahkan, pendapat majoriti bukanlah kriteria yang baik untuk membezakan yang palsu
daripada kebenaran. Jika kamu melihat di dalam Quran, kamu akan melihat bahawa Quran terlampau banyak sekali mencela majoriti dengan sering mengatakan bahawa “majoriti tidak memahami “,” majoriti tidak menggunakan logika mereka “,” majoriti mengikuti hawa nafsu “…
Sebagai kesimpulan, saya telah menunjukkan dalam artikel ini bahawa istilah Syiah telah pun digunakan dalam Quran bagi para pengikut besar hamba-hamba Allah, dan dalam hadis-hadis Nabi bagi para pengikut Imam Ali (AS).